Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 7 August 2013

Pasal "Tawaran" Kempen #PemilihanUMNO Kena "Reject" Pun Nak Meroyan???


Sedang gua dalam perjalanan pulang ke kampung awal pagi ini sempat gak gua belek-belek blog member-member blogger. Tertarik gua denga tulisan satu artikel mempersoalkan kredibiliti seorang calon Naib Ketua Pemuda UMNO untuk bertanding hanya kerana menolak tawaran yang di"offer" untuk membantu kempen dalam pemilihan yang akan datang.

Artikel menceritakan perjalanan beliau membuat "tawaran" membantu kempen dengan menyediakan satu poster dan mungkin benda lain seperti membuat analisi termasuk pergi ke perjumpaan atau orang korporat panggil "meeting" la.

Mungkin pihak yang diberi "tawaran" bersama pasukannya telah membuat kajian dan pertimbangan lantas membuat keputusan tidak dapat memenuhi "tawaran" tersebut. Dalam erti kata lain "reject" la. Mungkin kerana rasa penat lelah membuat "tawaran" dan "tawaran" tersebut tidak memenuhi hasrat PENAWAR maka dizahirkan ke bentuk penulisan.

Pada pandangan gua, tidak semestinya semua "tawaran" kita akan diterima. Jika tidak diterima, kita harus menerima dengan hati yang terbuka dan memperbaiki kelemahan. Bukannya dengan "membuka pekung di dada". Sudah tentu pihak "Client" yang ada termasuk bakal-bakal "Client" lain akan berfikir beratus kali jika PENAWAR seperti ini datang "approach" memberi "tawaran".

Setiap pertemuan dan perjumpaan yang dipanggil "meeting" ini memerlukan setiap anggota yang hadir menjaga etika kerahsiaan "meeting" tersebut. Dan jika hanya kerana "tawaran" ditolak maka satu Malaya diceritakan isi atau apa yang dibincangkan sudah tentu ia melanggar etika kerahsiaan atau dengan kata lain "tak reti jaga mulut".

Pesanan gua kepada mereka-mereka yang bakal didekati oleh pemberi TAWARAN agar berfikir dua kali atau beratus kali sebelum berjumpa dengan PENAWAR sebegini takut jika tak mampu nak menunaikan atau terpaksa bersetuju nanti habis cerita isi "meeting" satu Malaya tau.

p/s : adat kita orang Melayu... "biar pecah diperut... jangan pecah dimulut"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. kena faham dulu TAWARAN=OFFER, CADANGAN=PROPOSAL... walaupun masyukkkk biarlah berstrategi & berimpak sket... sebab gambar azwan kat atas tu buatkan keseluruhan arikel ni nampak lucu! ;-p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers