PADA 31 Julai lalu pengarah filem kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee menghasilkan satu video Tokok 017 bertajuk "Double Standard" yang diselitkan di dalamnya pelbagai rungutan, cacian dan makian kepada kerajaan.
Dia mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak menggantung tayangan filem The New Village kerana menurutnya filem itu ialah filem sejarah.
Dari petikannya sahaja, kita tahu ia lebih kepada sejarah yang direka dan meletakkan komunis pada peringkat baik dan budiman.
Kemudian, dia turut mempersoalkan tindakan menahan dan mendakwa pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi) yang mencetuskan kontroversi dengan poster "Bak Kut Teh" mereka.
Belum diceritakan lagi isu video seks dan gambar aksi seks yang dikongsikan mereka di laman web terbuka, ia pastinya mencetuskan kemarahan.
Kemudian, isu Maznah Mohd Yusof, atau Chetz Yusof si "Pelatih Anjing" yang menghasilkan video sambutan Aidilftiri bersama anjing tiga tahun lalu yang kemudian ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan bon Mahkamah.
MEREKA KATA "MEREKA TIDAK BERNIAT,"
Mereka ini kesemuanya mempertahankan diri bahawa tindakan yang mereka lakukan betul atas nama karya. Paling lantang si pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee.
Dengan alasan karya yang konon-konon dianggap kreatif, bahasa kesat dibolehkan dihamburkan kepada pihak berkuasa, kerajaan dan bangsa tertentu dalam warga Malaysia.
Dialog hendak mengugut, memukul dan mengaibkan seseorang dianggap kumpulan terpencil sebagai bagus dan dibolehkan atas nama kebebasan bersuara.
Alvivi yang mempertahankan diri dengan alasan "Niat saya untuk berjenaka," apabila menghasilkan poster berkenaan.
Jenaka juga adalah satu karya kreatif yang dihasilkan dengan matlamat mewujudkan perasaan lucu kalangan pendengar, penonton atau mereka yang melihatnya.
Sebaliknya, rakyat Malaysia menghentam, mengkritik dan mengutus keras tindakan mereka kerana bertindak menghina agama Islam.
Kemudian dengan mudah mereka ini menjawab bahawa mereka tidak berniat menghina Islam. Bagi Chetz pula, padanya orang Melayu Islam terlebih sensitif.
MEREKA MEMOHON MAAF?
Chetz dengan video anjingnya enggan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana menurut dia, dia tidak melakukan kesalahan dan meminta maaf itu tidak perlu.
Bagi Alvivi, mereka kemudiannya memohon maaf diatas keterlanjuran menghasilkan poster berkenaan dan ia hanya disiarkan di laman web YouTube tanpa ada perasaan bersalah di wajah mereka.
Semua mereka ini melakukan sesuatu dengan adanya sikit- sifat keras kepala. '
Maklumlah, mereka memahami sesuatu perkara itu dengan cara berbeza dengan majoriti orang yang lain.
Akibat daripada pemahaman berbeza ini, mereka menyangkakan bahawa mereka betul tetapi sebaliknya. Akibat keras kepala ini, mereka enggan memohon maaf dan enggan juga memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.
PERKEMBANGAN PESAT TEKNOLOGI
Soalnya menurut kata Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Zaid Ahmad, kemajuan pesat tekonologi maklumat dan peranti elektronik yang membolehkan manusia berkomunikasi tanpa melihat antara satu sama lain akan menyebabkan lebih banyak video sedemikan dihasilkan akan muncul pada masa akan datang.
"Perkembangan pesat dalam teknologi ICT dan peranti elektronik memberi impak luar biasa kepada cara tabiat, sifat dan cara manusia berfikir.
"Alam siber memungkinkan komunikasi dan interaksi yang bersifar tidak bersemuka (non-face-to-face communication) berlaku dengen megitu meluas," katanya.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kementerian-kementerian berkaitan mesti bersiap sedia untuk menghadapi serangan demi serangan sebegini dalam usaha untuk melemahkan struktur masyarakat.
Biarlah yang dihasilkan dikongsi ramai rakyat atas nama karya bukan kerana ia dihasilkan kerana "keras kepala" kerana kita tidak akan pergi ke mana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??
ReplyDelete