Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 6 September 2013

Panas!!! Siapa @Azwanbro Sebenarnya??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @tunfaisal


Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali dengan Azwan Bro dilahirkan di Ipoh, Perak. Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu.

Azwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyambung pelajaran di Cardiff University Of Wales, United Kingdom (Bachelor Of Science) dan Universiti Terbuka Malaysia (Master Of Management).

Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK & Eire.

Setelah pulang dari United Kingdom, pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2004, Azwan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak.

Perak JobFair

Pada Mac 2009, apabila YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Perak, Azwan telah dilantik menjadi SUSK beliau. Pada Januari 2010 Azwan telah diberi tanggungjawab menerajui Yayasan Bina Upaya Darul Riduan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan pensyarah jemputan di Universiti Teknologi Petronas, Perak sejak Januari 2012 hingga kini.

Penglibatan aktif Azwan di dalam UMNO bermula sekembalinya beliau dari luar negara. Pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Pada tahun 2004, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian waktu itu.

Pada tahun 2008, beliau melangkah lagi di dalam dunia politik apabila berjaya memenangi kerusi Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sehingga kini.

Pada tahun yang sama, Azwan telah dilantik sebagai sebagai Exco Pergerakan Pemuda Malaysia dan diberi tanggungjawab menerajui Akademi Pemuda UMNO. Sehingga kini, beliau masih menjadi Pengerusi Akademi Pemuda UMNO.

Pada tahun Januari 2011, atas kepercayaan pucuk pimpinan pemuda pusat, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan BN Negeri Perak.

Di Dalam Kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Azwan telah berjaya melaksanakan beberapa perubahan pelaksanaan penjenamaan semula jentera pemuda terutamanya di peringkat akar umbi dan negeri.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers