Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 25 October 2013

#PRKSgLimau : Kesinambungan Kemenangan BN Selepas #PRKKualaBesut??? #BeraniBerubah


PRK Sg. Limau kali ini merupakan pilihanraya kecil yang kedua selepas PRK Kuala Besut selepas PRU13 yang lalu berikutan kekosongan selepas kematian Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah dari Pas baru-baru ini.

Pada 23hb Oktober lepas adalah hari penamaan calon bagi PRK Sg. Limau bila mana Pakatan Rakyat mencalonkan Mohd Azam Abdul Samat dari Pas sebagai calon yang akan menentang calon dari BN iaitu Prof. Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim yang juga seorang Pensyarah Kanan di UPSI sebagai jawatan terakhir beliau.

Apa yang menarik perhatian kita adakah PRK Sg. Limau ini kesinambungan penguasaan BN selepas memenangi PRK Kuala Besut pada bulan puasa lalu bila rakyat memilih BN berbanding Pas di sana.

Mungkin juga senario PRK Kuala Besut sedikit berbeza kerana ia berlangsung semasa bulan Ramadan dan semua jentera menghormati bulan puasa dengan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Namun senario tersebut mungkin berbeza kali ini dan kita semua sudah maklum perangai buruk penyokong Pas yang tidak melambangkan parti Islam pun.

Berbaki 10 hari sebelum hari pembuangan undi pada 3hb November nanti, macam-macam boleh berlaku. Apatah lagi pembangkang begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat setelah impian mereka untuk menubuh kerajaan pada PRU13 berkecai ditambah pula kekalahan di PRK Kuala Besut yang menambah parah luka Pakatan Rakyat.

Sikap terdesak Pakatan Rakyat ini semakin terserlah bila calon Pas, Mohd Azam sanggup menipu rakyat terutama kepada pengundi Sg. Limau dengan mengaku beliau bersaudara dengan arwah Ustaz Azizan dan ini dinafikan oleh ahli keluarga Ustaz Azizan sendiri. Hakikat sebenarnya beliau adalah sepupu kepada Phaharolrazi kumpulan yang menentang dan menjadi musuh Ustaz Azizan semasa pemerintahan beliau.

Sikap buruk calon Pas mula terserlah sedikit demi sedikit dan adakah ini calon yang sesuai menjadi wakil rakyat kepada penduduk Sg. Limau. Jika ada penduduk atau pengundi Sg. Limau yang baca artikel ni agar membuat pertimbangan yang waras sebelum memangkah nanti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers