Gua tertarik dengan cerita di Bahagian Gelang Patah pasal bahagian ini antara tiga bahagian yang bakal menjadi perhatian satu Malaysia bila bahagian ini akan mengundi bagi menentukan siapa yang mereka pilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO antara AzwanBro dan Jamawi.
Apa yang "syok"nya pasal mesyuarat Pemuda Gelang Patah ni ialah "story" bahagian yang digantung gara-gara ada lebihan undi berbanding dengan jumlah perwakilan ketika mesyuarat pemilihan Sabtu lalu. Ditambah pula dengan arahan dari UMNO Pusat bahagian ini harus mengadakan pengundian semula bagi jawatan NKP.
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, UMNO Pusat mengarahkan perwakilan Pemuda Bahagian Gelang Patah mengadakan pemilihan HANYA untuk jawatan NKP SAHAJA sedangkan sepatutnya dibuat sekali pemilihan diperingkat Pemuda Bahagian yang digantung sebelum ini. Persoalan yang timbul ialah kenapa hanya pemilihan untuk jawatan NKP sahaja diadakan sedang keputusan AJK Pemuda Bahagian masih tergantung sejak mesyuarat Sabtu lepas.
Kenapa tidak diadakan sekali mesyuarat AJK Pemuda Bahagian dan selepas itu barulah diadakan mesyuarat pemilihan jawatan NKP. Seolah-olah ada benda yang tidak kena bila pemilihan AJK Pemuda Bahagian tidak diadakan tapi hanya untuk jawatan NKP. Mana punya peraturan mesyuarat la puak-puak ni pakai.
Siapa la yang pandai sangat atau sebenarnya memandai-mandai buat keputusan bangang ni. Diskriminasi telah berlaku dalam UMNO. Undi jawatan NKP buat tapi undi AJK Pemuda Bahagian kena tunggu sampai entah bila. Siapa di UMNO Pusat yang keluarkan arahan pelik-pelik ni.
Esok hari terakhir sebelum Rabu hari pembuangan undi. Keputusan siapakah NKP yang akan dipilih oleh Pemuda Bahagian Gelang Patah bakal terjawab hari Rabu nanti. Tapi adakah ini bakal memuaskan hati perwakilan yang mahu pemilihan diperingkat AJK Pemuda Bahagian diadakan bagi memilih siapa Ketua Pemuda Bahagian dan AJK.
Memang sepatutnya pemilihan semula AJK Pemuda bahagian dilakukan. Bercakap pasal ketelusan, tapi tak serupa bikin. Saya sebagai perwakilan Pemuda Gelang Patah akan mengusulkan undi tak percaya esok. Biar heboh satu Malaysia pasal ni.
ReplyDelete