Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 16 October 2013

‘Wajah Baru’ Anwar Terus Curi Tumpuan???


Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat. Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.

Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.

Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.

Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.

Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.

Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.

Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September

Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.

Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.

Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.

Apa yang sudah jadi pada wajahnya?

" Siapa tahu… mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Muka dia masih bengkak lagi.... agaknya ulat tengah buat kerja kat mayat hidup.

    Orang ada duit gitu lah. Cuba membeli kemudaan.... Jangan jadi muka singa macam artis artis hollywood dah le.

    ReplyDelete
  2. Adalah perubanan sedikit. Sebagai ahli politik pembangkang ianya tak ada masalah kerana ahli politik pembangkang nampak kebal dan kalis salah dan silap oleh penyokongnya.. Mereka tetap ada tempat pada PRU.Barangkali kita ketandusan pemimpin
    pembangkang yang berkaliber dan bertepatan dengan kehendak agama dan bangsa. Yang menyedari kehebatan kepimpinannya adalah tanggungjawab.Di sana nanti pasti hendak dijawab..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers