Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 31 January 2014

Haramjadah Punya Bapak Kandung!!! Sanggup Kelar Leher Anak Sendiri!!!


Budak perempuan mati dikelar bapa kandung


Bernama | 1:36AM Jan 31 2014
Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang semalam.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.


Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
    
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang untuk rawatan.
    
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
    
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.


Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
    
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira jam 6 petang.
    
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
    
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
    
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
    
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu  mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
    
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu.
    
- Bernama 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Ini bukan soal haramjadah ataupun apa.Ada kemungkinan si bapa mempunyai masalah kerana beliau menggangur sejak dua tahun sudah.beban hidup dan segalanya menjadi tekanan didalam jiwa sibapa..maklumlah hanya si isteri saja yang berkerja ....serta tingal dikejiranan dan kelompok melayu yang kadang kadang suka mengumpat .
    mesti ada sebab sampaikan bapa yang selama ini membela anak anak selam berbelas tahun tiba taiba menyembelih nya.Soal tekanan jiwa bukan soal yang boleh buat main main atau dipandang ringan oleh masyarakat.begitu juga soal perkerjaan untuk menampong perbelanjaan harian .Hidup dibandar ni banyak cabaran ...tidak seperti hidup dikampong kampong Begitulah beban seorang ayah atau bapa yang kadang kadang hilang pertimbangan .
    itulah sebabnya betapa pentingnya kerajaan bertindak untuk mengawal kenaikan cost sara hidup rayaat .Semua kena berkerja dan melaksanakn dan menguatkuasakan peruntukan undang undang yang ada kepada pemborong dan perniaga .
    kalau kita ambil tahu akan perkerja perkerja kita ,kita akan tahu perubahan sikap dan tingkah laku perkerja dibawah jagaan kita.Sebagai majikan pula perlu melihat gaji yang dibawa pulang setiap bulan .Jangan angap perkerja itu sebagai hamba abdi .......marah tak tentu pasal dan sebagainya .

    ReplyDelete
  2. aloo bro..kalu tekanan jiwa tkda keja pembohong namanya,di bangi tu berlambak2 kerja kosong yg boleh dia buat,di kl apatah lg.ini antara nk dan tk nk je ataupun pemalas harap bini tanggung...aku dgr mamat ni penagih dadah dah stim bunuh anak...

    ReplyDelete
  3. aloo Anonymous.. lu cakap macam duk bangi... so dari lu tulis macam Profesor Serba Tau... Since lu cakap macam duduk Bangi baik lu siasat info ... dari tuduh ...serupa dapat dosa kering.... Siasat beb.... jangan jadi pemalas ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers