Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 12 February 2014

Dr MIM Buka Kedai Makan Pasal JMS Lama Sangat Nak Beroperasi??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


A picture speak a thousand words... Itu pepatah orang putih la. Apa nak jadi la dengan Jabatan Media Sosial (JMS) yang dengar khabar angin masih belum beroperasi gara-gara masih belum diisi jawatan tertinggi JMS ni. Banyak betul pengkhabaran yang di bawa angin sampai dah tak tau mana satu betul dan mana satu salah.

Dengar kata mula-mula dulu ada satu mangkuk hayun nama Kamarul nak mengisi jawatan tertinggi JMS tapi kalo diikutkan ilmu persilatan persiberan mangkuk ni tak la tinggi sangat. Gua rasa gua lagi tinggi ilmu persilatan persiberan kalo nak compare la dengan mangkuk hayun nie. Bukan la nak berbangga tapi pengalaman di "ground" rasanya jauh berbanding mamat nie.

Mungkin kerana malu kot dan sedar diri yang dia tak cukup ilmu di dada nak menyandang jawatan yang cukup tinggi maka mangkuk hayun kamarul ni pun meninggalkan kerusi panas JMS ni. Tup tup gua dengar plak sahabat blogger gua Dr Novandri aka Dr MIM kat blogesfera diberi penghormatan untuk mengisi kerusi panas JMS ni sebagai Ketua Pengarah JMS. Pada pandangan gua beliau sememangnya layak berdasarkan profil dan resume Doc dalam dunia persiberan dan amat disegani oleh ramai blogers-blogers terutama yang otai-otai. Bahkan Dr Novandri amat dihormati oleh ramai clan-clan atau kumpulan-kumpulan pengamal media sosial.

Tetiba plak gua dengar yang Dr Novandri pun mengambil tindakan menarik diri dari dilantik ke kerusi panas JMS ni dengan alasan yang hanya tuan punya badan jer boleh bagi jawapan. Sekali lagi kerusi panas utama JMS sehingga kini masih kosong tidak diisi dan terbiar begitu saja. Dah macam "Puaka Niring" plak kerusi panas JMS ni. (Macam best jer buat entri Puaka Niring pasal kerusi panas ni yang tak berani orang nak duduk takut diganggu penunggu).

Itu belum lagi kalo nak dikongsikan carca marba satu kumpulan yang kononnya dikatakan diamanahkan untuk mengambil pekerja bagi mengisi jawatan dan kerusi di peringkat negeri-negeri dengan ditawarkan dengan gaji yang jauh lebih rendah dari yang terdapat dalam kertas kerja asal. (Dah kena cilok kot). Maka masih berterabur la struktur organisasi diperingkat negeri apatah lagi diperingkat pusat. Dengar cerita khabar angin kumpulan ini melantik budak-budak blogger baru setahun jagung yang tak termasuk dalam Ranking Top 100 Blogger Pro-BN pun jadi staf JMS dengan tujuan dikatakan budak-budak baru ni dengar cakap dan senang di"control" oleh kumpulan tersebut.

Kalo dah awalan penubuhannya penuh dengan niat busuk dan buruk serta sailang menyailang terutama sailang paperwork orang ni biasanya jauh dari keberkatan Allah swt. Kalo dah jauh dari keberkatan Allah swt maka macam-macam aral yang timbul lepas satu... satu...


p/s : sorry Dr Novandri aka Dr MIM gua pakai gambar kedai makan kat dalam uitm kait ngan lu big bro... kebetulan nama kedai tu sama ngan nama lu terus teringat kat lu... nanti gua turun penang belanja lagi nasi berhantu tu... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




3 comments:

  1. JMS ni bukan menyenangkan bloggers, tapi menyusahkan...

    ReplyDelete
  2. Easy get money, just register will get 25dolar, try it now :)

    Mari buat duit mudah saja, mula2 register dah dapat 25dolar, cuba la

    http://stayreward.com/index.php?share=114766

    My Blog
    http://gsiym.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers