Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 10 March 2014

Bukti Jelas Termasuk Gambar Baru Memperlihatkan #MH370 Mungkin Terhempas Di Wilayah Laut Selatan Vietnam???


Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).

Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).

Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.

Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.


Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek.

Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.

Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers