Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 13 March 2014

Puaka Niring : Misteri Mengapa Telefon Bimbit Penumpang #MH370 Masih Berdering???


Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.

Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.

Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.

Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih 'online' di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.

Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.

Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu?

Satu dunia masih menanti jawapannya…

p/s : pelik gak aku dengan dakwaan mengarut ni. Bukan aku tak biasa naik "flight", kalo kapal terbang dah start berlepas dan mula berada dalam ketinggian tertentu pasti "line" telefon akan terputus dengan sendirinya.

Itu satu, yang kedua bukan ker biasanya kapten akan mengarahkan segala peralatan elektronik dipadamkan ketika berlepas dan sebab takda line data kat atas awan aku tengok ramai penumpang lebih suka tido dari dok belek tepon yang bukan ada wassap pun atas awan sana.

Dan yang paling penting kenapa keluarga penumpang warga china tu tampil kepada pihak berkuasa untuk menyiasat di mana sumber lokasi telepon tu berdering yang sudah pasti dapat dikesan menara komunikasi terdekat. Zaman dah canggih la sekarang ni.


Tu kadang-kadang bila keluar cerita teori terbaru pasal kehilangan pesawat malang MH370 ni dah makin mengarut-ngarut...

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network











1 comment:

  1. BlueHost is definitely one of the best hosting provider for any hosting plans you might require.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers