Portal berita Amerika Syarikat, Mail Online, mendedahkan berita, juruterbang pesawat MAS MH370 kini hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, penyokong fanatik politik. Sebelum ini, media tempatan memberikan gambaran positif terhadap sifat anak kelahiaran Pulau Pinang itu. KLIK SINI
Namun Mail Online melabelkan kapten berpengalaman dalam dunia penerbangan itu sebagai penyokong taksub Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat bakal mendepani hukuman penjara 5 tahun seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Mail Online memaparkan berita, Zaharie menghadiri sesi perbicaraan Anwar dan berkebarangkalin dia berasa AMAT kecewa berikutan hukuman terhadap Anwar.
Petang semalam, pasukan polis berkunjung ke rumah Zaharie di Shah Alam, memulakan siasatan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam sidang media di Sepang, MH370 diubah haluan secara sengaja dan masih belum ditemui sehingga ke saat entri ini ditulis.
Sumber : Penulis Combi
No comments:
Post a Comment