Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 19 March 2014

[Video] Sekretariat Selawat Perdana Buat Laporan Polis Pasal Poster Hina Pak Sheikh Habib Dan #SelawatPerdana...


Sekreteriat Selawat Perdana 1435H hari ini tampil membuat laporan polis selepas mengesan beberapa individu yang telah melakukan sabotaj terhadap poster rasmi program tersebut.

Ini adalah poster majlis Selawat Perdana yang sebenarnya sebelum di"edit" dengan menggambarkan seolah-olah Pak Sheikh Habib menjadi seperti Raja Bomoh Bodoh tu meneropong menggunakan teropong buluh. KLIK SINI untuk artikel berkaitan dengan pengubahsuaian gambar oleh Red Bean Army.



SHAH ALAM 18 Mac - Seketeriat Selawat Perdana 1435H hari ini tampil membuat laporan polis selepas mengesan beberapa individu yang telah melakukan sabotaj terhadap poster rasmi program tersebut.
Ketua Biro Sukarelawan Seketeriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis mengingati Rasulullah saw.
"Kami ingin tekankan bahawa tujuan program selawat ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej penyatuan dan persaudaraan umat sesama umat islam.
"Kami mengecam dan kesal dengan tindakan individu terbabit yang jelas telah menghina dengan menggunakan kata-kata cacian dan penghinaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini.
Nur Aizat menjelaskan, tindakan itu juga mampu mencetuskan ketegangan dan perpecahan antara agama dan bangsa.
Katanya, setiap kaum di negara perlu menghormati agama dan bangsa satu sama lain agar negara ini terus berada dalam keadaan harmoni.

"Kami bimbang sensitiviti agama dan kaum ini merupakan perkara yang amat sensitif dan jika ianya melarat ketegangan kaum boleh terjadi.
"Kita perlu ambil serius dengan perkara ini, dan peringatan kepada setiap individu di negara ini agar terus menghormati antara satu sama lain agar keadaan aman yang kita kecapi sekarang terus dapat dinikmati," ujarnya
Poster rasmi Selawat Perdana dengan pelbagai kata cacian dan makian dalam tulisan cina dikesan di laman sosial antaranya 'Facebook' dan 'Twitter' sejak semalam.
Program selawat tersebut yang bertemakan 'Malam Cinta Allah Dan Rasul' bakal berlangsung pada hari Jumaat, 21 Mac 2013 bertempat di Dataran Masjid Putra, Putrajaya.
Ketua Biro Sukarelawan Sekreteriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis selawat tersebut.



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers