Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 26 April 2014

RM14.2 Juta Untuk Stok Barangan Komoditi Agromakanan... @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Kerajaan memperuntukkan RM14.2 juta bagi menyediakan stok barangan komoditi untuk memastikan bekalan produk agromakanan berterusan dan dijual pada harga berpatutan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbelanjaan yang dikeluarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu bertujuan menyediakan stok barangan segar bagi keperluan pengguna.

``Kerajaan memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak dan dalam hal ini kempen melibatkan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna digerakkan ke seluruh negara.

``Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, `street team', media cetak dan media elektronik dengan menyasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat bilangan dua 2014 dalam satu kenyataan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada faktor pengeluaran dan bekalan, peranan FAMA, Nekmat dan NAFAS akan terus diperkasakan untuk meningkatkan bekalan dan mengukuhkan edaran komoditi agromakanan.

Beliau berkata, analisis perbandingan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan tidak berlaku kenaikan yang tinggi malah ada yang mengalami penurunan.


``Kutipan harga kedudukan beberapa barangan terpilih itu dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara,'' katanya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.

Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada harga lebih rendah selain daripada menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang supaya hasil pertanian terus dibawa ke pusat pengumpulan bagi mengurangkan penglibatan orang tengah.

Bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah pihak KPDNKK turut melaksanakan pemeriksaan, pemantauan rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan seperti Ops Harga,: katanya.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers