Hari ini, kehilangan MH370 masuk hari ke 50.
Di saat kisah tentang pesawat MAS ini kian pudar sementara menanti perkembangan terbaru hasil carian di Lautan Hindi, satu lagi teori konspirasi tiba-tiba muncul.
Penulis dan bekas Pakar Ekonomi John Chuckman berkongsi pendapatnya di OpEdNews, MH370 kemungkinan telah menjadi salah satu mangsa bidikan senjata tentera Amerika Syarikat.
Menurut Chuckman, ini adalah punca mengapa bangkai pesawat begitu sukar ditemui – ia dikatakan bagi mengelak bukti fizikal terbongkar.
Dia mempertikaikan mengapa AS yang diketahui mempunyai satelit risikan paling canggih di dunia yang dipanggil ‘keyhole’ memilih untuk mendengar sahaja penemuan yang dilakukan negara dengan teknologi satelit lebih rendah dari mereka seperti China dan Perancis.
Dari satu segi dia faham bahawa itu adalah rahsia ketenteraan namun terdapat banyak cara maklumat boleh disalurkan secara tidak langsung jika AS benar-benar mahu membantu demi nyawa lebih 200 manusia.
Turut dipertikaikan, radar tentera AS paling canggih di dunia dikatakan berada di kem tentera AS di Diego Garcia namun yang peliknya, tiada sebarang data dikongsikan.
“Saya tiada idea mengapa (juruterbang atau penculik) pesawat MH370 mematikan saluran komunikasi, mengubah laluan dan terbang rendah tapi saya amat pasti mustahil mata dan telinga risikan ketenteraan AS tidak tahu apa telah berlaku,” tulis Chuckman.
Setakat ini, tiada bukti bahawa AS terbabit namun teori lebih kurang serupa sudah beberapa kali bertebaran terutama di media siber.
Daripada pesawat mendarat di San Diego hinggalah penglibatan makhluk asing, semuanya ditulis dan dikongsikan di internet tanpa pengesahan bukti kukuh.
Chuckman mengungkit, jika benar MH370 menjadi mangsa sasaran senjata AS tidak kira sama ada disengajakan atau tidak, ia tidak mustahil kerana terdapat sekurang-kurangnya tiga kes tentera AS menembak jatuh pesawat awam sebelum ini.
Kesemua kejadian dinafikan tentera AS kecuali satu – itu pun sebab ia sudah tak mampu disembunyikan.
Chuckman memberi contoh, pesawat Penerbangan Iran Air 655 telah ditembak jatuh pada 1988 hingga mengakibatkan kematian 290 penumpang termasuk kanak-kanak.
Pada mulanya AS menafikan kesilapan mereka namun lapan tahun kemudian barulah AS membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa secara senyap-senyap.
Pada tahun sama, tentera AS turut direkod menembak pesawat awam Pan Am 103 membuatkan 259 penumpang pesawat dan 11 orang awam maut namun motif utama tidak diketahui.
Sebuah lagi pesawat, TWA 800 yang sedang melalui Pantai Timur Amerika turut pernah dilaporkan menjadi mangsa peluru berpandu anti-pesawat negara ini secara tidak sengaja namun turut dinafikan AS.
Selepas nafi bertanggung jawab dan enggan membayar pampasan, AS yang dituduh berdasarkan bukti daripada trek radar dan saksi mata kemudiannya dikatakan berdalih dengan menawarkan penyiasatan oleh FBI.
Kesannya, hasil siasatan yang diketuai oleh penyiasat sama kes pembunuhan Kennedy ini mengambil masa amat panjang tanpa bukti yang mengarah pada penglibatan AS.
Hingga kini, usaha pencarian MH370 masih giat dijalankan di lokasi terakhir ia dikesan iaitu Lautan Hindi tetapi belum ada penemuan kukuh ditemui.
Pesawat MAS ini hilang ketika membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. - MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment