Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 8 May 2014

Isteri PM Rosmah Mansor Bantu Angkat Martabat Seni Teater Melayu... @NajibRazak


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap seni teater Melayu dapat terus dimartabatkan dalam usaha mengangkat warisan kesenian negara yang kaya dengan falsafah hidup murni.

Beliau yang juga Penaung Kehormat Teater Di Bawah Lindungan Kaabah berkata, usaha itu wajar digerakkan kerana seni teater boleh menjana ekonomi sebagaimana kejayaan teater Broadway di New York, teater West End di London dan teater Kabuki di Jepun.

"Sememangnya bukan mudah untuk mementaskan sesebuah teater berikutan kos yang tinggi. Dalam hal ini, saya menyeru pihak korporat dan swasta ‘lihat-lihatlah’ bantuan yang diperlukan oleh produksi tempatan yang ingin mementaskan teater terutama teater tradisional Melayu," katanya ketika melancarkan Teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya.

Yang hadir sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ketua Pengarang Kosmo!; Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarah Istana Budaya; Datuk Muhamed Juhari Shaarani dan Penerbit Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohayah Attan.

Rosmah berkata, teater merupakan warisan budaya yang perlu dipelihara dan dihidupkan kembali supaya elemen tradisi itu tidak akan luput daripada menjadi sebahagian warisan Melayu terutama dalam kalangan generasi muda.

Sejajar dengan itu, beliau memuji usaha dilakukan Istana Budaya dalam mengangkat seni teater.

Beliau berkata, inisiatif CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya menghasilkan teater Di Bawah Lindungan Kaabah hasil karya Allahyarham Profesor Hamka wajar dibanggakan.


"Saya difahamkan pemilihan untuk mementaskan karya Hamka ini adalah bersandarkan kehebatan karya itu yang membawa nilai positif kepada masyarakat.

"Jika kita hayati, novel Di Bawah Lindungan Kaabah telah menggarap nilai kepentingan agama, kasih sa­yang, ketabahan hati, persahabatan yang sejati, kepentingan adat, kepen­tingan ilmu serta nilai berdikari, maka wajar teater ini dipertontonkan setiap lapisan masyarakat," katanya.

Beliau yakin teater itu mampu mempromosikan budaya seni Me­layu dan menyifatkan pementasannya tepat pada masanya iaitu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah arahan Rosminah Mohd.Tahir dan terbitan CTRA Production akan mula dipentaskan pada 9 hingga 18 Mei di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater itu bakal dijayakan oleh pelakon utama Adi Putra, Nasha Aziz dengan dibantu oleh Fizo Omar, Dafi Ismail Sabri dan dua pelakon cilik, Wafiy Irfan Ariffen dan Tun Amiera Rania.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers