Gua setuju sangat dengan pandangan sahabat blogger Rezqeen berkaitan dengan kenyataan angkuh Naib Ketua Pemuda Malaysia, Khairul Azwan berkenaan ruangan kaum jelas memperlihatkan kedangkalan beliau sebagai pemimpin muda yang menjadi kesilapan kepada perwakilan Pemuda yang memilih beliau berbanding calon lain.
Beliau yang kebetulan lahir dari keluarga yang berada dan kaya-raya yang mempunyai harta jutaan ringgit mana mungkin merasai jerit perit kepayahan rakyat biasa mengharungi kehidupan. Inilah harga yang terpaksa ditanggung apabila perwakilan Pemuda silap memilih pemimpin seperti mana yang pernah gua katakan masa pemilihan lepas. Gua harap ini akan membuka mata kepada semua Pemuda agar tidak lagi mengulangi kesilapan memilih pemimpin di masa akan datang.
Ini antara kenyataan sahabat blogger yang gua rasa ada kebenarannya....
"Sebagai rakyat marhein, saya merasakan statement tidak rasmi daripada perbualan tertutup antara individu bernama Badrrul dan Naib Ketua Pemuda UMNO (NKP) Malaysia, Azwan Bro yang menjadi viral lewat tengahari tadi seumpama sikap pemimpin dari UMNO yang gagal memperjuangkan nasib bangsa sendiri.
Pada dasarnya kenyataan Mr Arrogant ini tidak sepatutnya disebarkan kepada khalayak sebab ianya merupakan perbualan tertutup tapi agaknya si Badrrul ni geram sangat, langsung disebarkan melalui media sosial.
Saya juga tak berminat nak mainkan isu mengaibkan pemimpin Pemuda UMNO ini tetapi apabila ia melibatkan 'kecerdikan' yang tidak guna sebaiknya, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat artikel bosan seperti ini.
Come on lah Azwan, awak tu memang lah lahir dari keluarga yang berada dan tahap struggle kehidupan awak tak seperti rakyat lain dan tidak seperti saya yang terpaksa survive untuk meneruskan kehidupan yang baik di dalam bandar Kuala Lumpur.
Azwan perlu bercakap mewakili suara rakyat yang bertaraf rendah atau sederhana ataupun peringkat marhein dan bukannya bersuara seolah-olah orang Melayu sudah berada pada satu tahap yang memuaskan & tak perlu mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia secara total."
Sumber : riziqin.blogspot.com
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Orang2 macam ini lah yang akan menyebabkan UMNO dibenci rakyat.
ReplyDeleteApa nak heran, Pemuda UMNO dari Ketua sampailah ke tukang jilat semuanya beranak atas dulang emas. Mereka semuanya bukan orang Melayu tapi dapat hasil dari mengaku orang Melayu. Tanyalah KJ, dia malu nak mengaku orang Melayu. Hidup tak pernah susah, pada dia Melayu atau tidak bukan persoalan
ReplyDelete