PKR bergolak lagi. Kali ini di Bumi Di Bawah Bayu atau Sabah. Pergolakan Parti Keadilan Rakyat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim yang menubuhkan parti PKR untuk memperjuangkan kepentingan peribadi beliau kini makin parah terutama di Sabah. Pergelokan ini sampai ke kemuncaknya semasa pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini.
Lajim Ukin bukanlah nama asing di bumi Sabah. Terkenal dengan perangai "katak"nya yang suka melompat sana melompat sini demi kepentingan peribadi kini mula dikritik dan dibalun oleh ahli PKR sendiri bila gagal menguruskan pemilihan PKR Sabah yang terlalu banyak "silap mata".
"Tenom, Keningau dan Tauran gantung? Kena panggil Lajim buat demo "Bersih PKR" tuntut Pengerusi SPR-PKR letak jawatan.... he he
MPN pun kena muhasabah diri. Cetak 3000 undi untuk Beaufort tapi kurang 3600 yang hadir. Cetak 300 undi untuk Tenom tapi lebih 1000 ahli datang. Di Tuaran senarai di luar dan dalam pusat mengundi berlainan. 42 orang yang sudah bayar yuran di luar tiada nama dalam senarai di dalam termasuk Irene Juman calon Ketua Wanita Cabang. Lebih 200 nama ahli hilang dari senarai maka pemangku KC pun buat bantahan.
Maklumat dari Kalabakan pula, banyak ahli yang hadir tidak diberikan kertas undi MPP. Macam-macam ada...."
Lihatlah sendiri beginikah sebuat parti yang kononnya berasaskan akar umbi dan memperjuangkan rakyat yang akhirnya tak mampu untuk menguruskan pemilihan parti apatah lagi mahu menguruskan negara. Ini baru pemilihan pucuk kepimpinan peringkat negeri Sabah, negeri lain kita tak tau lagi macam mana punya teruk. Adakah keputusan pemilihan yang keluar itu boleh dijadikan sandaran bahawa mereka-mereka yang menang itu telus memenangi pertandingan atau menggunakan "tangan-tangan ghaib" seperti yang mereka pernah tuduh kerajaan dan SPR tidak telus. Memang senang mahu menuduh orang lain dia atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
Pemimpin PKR selama ini sering menuduh kerajaan tidak telus SPR tidak telus ketika sesuatu pilihanraya berlangsung tetapi teluskah pemilihan PKR. Jika ahli-ahli PKR dan sekutu-sekututunya dari Pas dan DAP sering buat demo "BERSIH" menuntut supaya SPR lebih "bersih" dan telus. Apa kata ahli PKR serta sekutunya dari Pas dan DAP plak buat demo tuntut pemilihan yang "bersih" dan telus dalam pemilihan PKR. Ada beran....
p/s : cakap memang senang buat tengok......

No comments:
Post a Comment