Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 7 June 2016

#PRKSgBesar Day 3 : Suasana Kempen Aman Giler Sampai Rasa Macam Takda Pilihanraya Pun??? #SCS93


Malam tadi selepas berbuka dan berterawih selesai gua mengambil keputusan untuk pusing-pusing dalam kawasan Parlimen Sungai Besar untuk meninjau kemeriahan suasana kempen pilhanraya. Sekitar jam 10.00 malam gua pun bergerak dari Pekan Sungai Besar melalui jalan dalam ke Kampung Panchang Bedena melalui Kampung Che Lias dan Taman Seri Bedena. Dari sana kereta gua terus bergerak membelah kesunyian dan kegelapan malam menyelusuri jalan tar yang semakin mengecil.

Gua terus gerak menghala ke Jalan Parit 1 Barat, Jalan Parit 2 Barat, Jalan Parit 3 Barat, Jalan Parit 4 Barat sehingga bertemu simpang tiga di Jalan Parit 5 Barat. Dalam kepekatan malam yang semakin lanjut kenderaan gua melalui jalan kampung yang sunyi sepi tambahan pula kedudukan rumah penduduk kampung yang agak jauh dan jarak-jarak antara satu sama lain. Dari pemerhatian gua setelah masuk hari kedua kempen tak nampak langsung bendera-bendera dari parti-parti yang bertanding. Mungkin enjin kempen pilihanraya masih terlalu awal. Tambahan pula baru memasuki awal Ramadan dan jentera kempen setiap parti nak berpuasa dulu.



Setelah membelah tengah-tengah sawah yang hanya ada kereta gua sebijik jer atas Jalan Parit 6 Timur gua tembus ke jalan besar Jalan Sungai Panjang ke Tanjong Malim. Di sini barulah gua nampak dalam kepekatan kegelapan malam beberapa susuk tubuh sedang berdiri di tepi jalan sambil memegang sesuatu. Dalam perasaan bercampur gaul gua cuba merapatkan kereta gua dengan kelompok lembaga tersebut. Rupa-rupanya sekumpulan anak muda jentera kempen dari BN yang sedang sibuk memacakkan bendera BN di sepanjang jalan besar ini. 





Gua pun menghampiri mereka lantas meminta kebenaran mahu mengambil gambar. Reaksi yang gua terima sungguh di luar jangkaan. Bukan setakat dibenarkan mengambil gambar dan video aktiviti mereka bahkan gua dipelawa ke rumah penginapan mereka yang juga merupakan "RUMAH UMNO SHAH ALAM" kata mereka. Setibanya gua di rumah mereka gua di jamu air dan kuih-muih. Sempat juga gua menjamah sedikit walaupun perut nie sudah penuh dan sendat hasil membalun 2 pinggan nasi berlaukkan kari ikan sembilang dan sambal petai udang ketika berbuka puasa di rumah tadi,


Dari "RUMAH UMNO SHAH ALAM" gua bergerak menuju ke Command Centre BN di Pasir Panjang. Sampai di sana lokasi pertama gua tujui adalah Pasar Pasir Panjang di mana sebelahnya terdapatnya tandas tempat untuk gua melepaskan hajat. Fuh! Lega!. Lepas selesai gua menunaikan hajat yang sudah lama terpendam dari waktu berbuka lagi gua pun merayap la di sekitar Commmand Centre nie. Takda apa yang menarik sangat untuk dikongsikan di sini selain dari beberapa kelompok penyokong BN duduk melepak kot sambil menunggu arahan selanjutnya dari ketua masing-masing dan ada beberapa orang sedang bermesyuarat dalam bilik yang tertutup.


Lepas pekena rokok dua tiga batang gua pun mengambil keputusan untuk gerak balik semula ke Pekan Sungai Besar bagi meninjau kot-kot ada benda menarik berlaku namun hampa kerana suasana Pekan Sungai Besar juga sudah tidur sama seperti kebanyakkan penduduknya. Tepat jam 2.30 gua pun gerak balik la ke sarang gua sambil memikirkan nak sahur ke tidak.

Kesimpulannya boleh la aku katakan setakat hari kedua kempen Pilihanraya Sungai Besar nie masih belum panas. Mungkin yang hanya panas adalah calon BN YB Budiman yang setiap hari celik mata turun berkempen terutama di kawasan pengundi cina di Pekan Sekinchan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers