Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 12 August 2013

Jawapan Pak Lah Pasal Kecoh "Buku Pak Lah"...


KENYATAAN MEDIA Y.A.BHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI


Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.
 
Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.
 
Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.
 
Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.
 

Saturday, 10 August 2013

Bila Lesen ‘Kreatif’ Disalahgunakan…


PADA 31 Julai lalu pengarah filem kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee menghasilkan satu video Tokok 017 bertajuk "Double Standard" yang diselitkan di dalamnya pelbagai rungutan, cacian dan makian kepada kerajaan.

Dia mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak menggantung tayangan filem The New Village kerana menurutnya filem itu ialah filem sejarah.

Dari petikannya sahaja, kita tahu ia lebih kepada sejarah yang direka dan meletakkan komunis pada peringkat baik dan budiman.

Kemudian, dia turut mempersoalkan tindakan menahan dan mendakwa pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi) yang mencetuskan kontroversi dengan poster "Bak Kut Teh" mereka.

Belum diceritakan lagi isu video seks dan gambar aksi seks yang dikongsikan mereka di laman web terbuka, ia pastinya mencetuskan kemarahan.

Wednesday, 7 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013...


Sempena hari baik bulan baik ini, gua dengan rendah diri ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran yang tidak menyenangkan pembaca mahu pun individu yang dinyatakan dalam penulisan gua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pasal "Tawaran" Kempen #PemilihanUMNO Kena "Reject" Pun Nak Meroyan???


Sedang gua dalam perjalanan pulang ke kampung awal pagi ini sempat gak gua belek-belek blog member-member blogger. Tertarik gua denga tulisan satu artikel mempersoalkan kredibiliti seorang calon Naib Ketua Pemuda UMNO untuk bertanding hanya kerana menolak tawaran yang di"offer" untuk membantu kempen dalam pemilihan yang akan datang.

Artikel menceritakan perjalanan beliau membuat "tawaran" membantu kempen dengan menyediakan satu poster dan mungkin benda lain seperti membuat analisi termasuk pergi ke perjumpaan atau orang korporat panggil "meeting" la.

Mungkin pihak yang diberi "tawaran" bersama pasukannya telah membuat kajian dan pertimbangan lantas membuat keputusan tidak dapat memenuhi "tawaran" tersebut. Dalam erti kata lain "reject" la. Mungkin kerana rasa penat lelah membuat "tawaran" dan "tawaran" tersebut tidak memenuhi hasrat PENAWAR maka dizahirkan ke bentuk penulisan.

Pada pandangan gua, tidak semestinya semua "tawaran" kita akan diterima. Jika tidak diterima, kita harus menerima dengan hati yang terbuka dan memperbaiki kelemahan. Bukannya dengan "membuka pekung di dada". Sudah tentu pihak "Client" yang ada termasuk bakal-bakal "Client" lain akan berfikir beratus kali jika PENAWAR seperti ini datang "approach" memberi "tawaran".

Setiap pertemuan dan perjumpaan yang dipanggil "meeting" ini memerlukan setiap anggota yang hadir menjaga etika kerahsiaan "meeting" tersebut. Dan jika hanya kerana "tawaran" ditolak maka satu Malaya diceritakan isi atau apa yang dibincangkan sudah tentu ia melanggar etika kerahsiaan atau dengan kata lain "tak reti jaga mulut".

Pesanan gua kepada mereka-mereka yang bakal didekati oleh pemberi TAWARAN agar berfikir dua kali atau beratus kali sebelum berjumpa dengan PENAWAR sebegini takut jika tak mampu nak menunaikan atau terpaksa bersetuju nanti habis cerita isi "meeting" satu Malaya tau.

p/s : adat kita orang Melayu... "biar pecah diperut... jangan pecah dimulut"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 6 August 2013

Pengikut Syiah Di Malaysia Sudah Mencecah 250,000 Orang!!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

"Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di sini hari ini.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Abdul Rahim berkata, usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers