Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 22 July 2011

Kerana KSN Parlimen Putrajaya Boleh Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13?


Bagi kakitangan kerajaan mustahil tidak mengenali siapa KSN sekarang. KSN atau penuhnya Ketua Setiausaha Negara ketika ini adalah Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang telah dilantik ke jawatan tersebut sejak 3 September 2006 sehingga sekarang. Beliau sepatutnya pencen pada tahun 2009 telah dilantik semula secara kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Setelah setahun berlalu beliau masih lagi disambung kontraknya selama setahun lagi berakhir Jun 2011. Kini jawatan tertinggi kakitangan kerajaan masih lagi ditangan Tan Sri Sidek dan akan disambung setahun lagi sehingga Jun 2012. Berdasarkan fakta ini bermakna Tan Sri Sidek sudah 3 kali disambung kontraknya. Persoalan yang saya mahu bangkitkan kenapa Tan Sri Sidek masih terus menerus disambung kontraknya sedang hasil kajian sikap dan soal selidik yang saya lakukan terhadap kenalan, kawan-kawan, sedara mara malah orang yang tidak saya kenali yang berkerja sebagai kakitangan dan tinggal serta menjadi pengundi Parlimen Putrajaya hampir 90% tidak menyukai cara pentadbiran Tan Sri Sidek hingga pada PRU12 yang lalu kakitangan kerajaan yang majoritinya pengundi Putrajaya menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui kertas undi.

Statistik PRU12 2008 Klik Di sini menunjukkan calon pembangkang telah berjaya memperolehi 1304 undi berbanding hanya 540 undi pada PRU11 2004 Klik Di sini. Walaupun BN menang majoriti 2734 undi dengan mendapat 4038 undi semasa PRU12 dan peratus keluar mengundi adalah 81% serta hanya 38 undi rosak. Secara kasarnya kelihatan seperti calon pembangkang telah berjaya meningkat jumlah undi sebanyak 241%. Satu peningkatan yang mendadak.

Keputusan PRU12 2004                                  Keputusan PRU12 2008












Hakikatnya ini adalah satu signal daripada pengundi kakitangan kerajaan yang sememangnya menyokong kuat kerajaan tetapi apabila suara hati mereka tidak didengari dan ditangani dengan baik maka kesan secara langsungnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang. Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Parlimen Putrajaya ketika PRU12 yang lepas tetapi jika dikaji statistiknya secara halus mungkin ia juga berlaku di parlimen-parlimen lain bahkan tindak mustahil dun-dun juga terlibat kerana kaki tangan kerajaan berada diseluruh negara. Kenapa ini berlaku? Menurut risik-risik ia ada kaitan dengan polisi dan peraturan yang dibuat oleh Tan Sri Sidek yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan kerajaan. Tahniah KSN.
Tan Sri Sidek mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN yang beliau duduki sekarang ini.

Antara jawapan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan atas isu ini :

1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007

KSN, yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR atau Kerani serta Kumpulan Sokongan yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan sebagainya. bagaimana mereka ini hendak menguruskan kewangan mereka? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN bukan hanya memikirkan perkara berkaitan diri sendiri.

2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. Ini terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak dinaikkan pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.

Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 4 5 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?

3. Polisi-polisi dan peraturan-peraturan baru yang menyusahkan kakitangan kerajaan yang bertugas khususnya di Putrajaya

Ada suara-suara kecil melahirkan rasa tidak puas hati apabila Tan Sri Sidek membuat polisi berkenaan waktu minum pagi kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya kecil lagi budaya minum pagi kakitangan kerajaan ini sudah sebati dengan mereka apabila masa yang diambil untuk minum agak lama dan menyusahkan “public” atau orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan. Ini saya bersetuju tapi kaedah yang digunakan agak baru dan asing bagi kakitangan kerajaan. Perbuatan mereka minum pagi di luar waktu yang diberi akan dirakam dengan lensa kamera oleh “spy-spy” dan akan dihantar kepada pegawai atasan. Ada pro dan kontranya apabila sesuatu peraturan baru hendak diaplimentasikan dan Tan Sri Sidek harus menanganinya seperti kata bidalan “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak”.

Sebab ke 2 ini mungkin telah diselesaikan apabila kerajaan telah memansuhkan peperiksaan PTK dan hasil soal selidik rata-rata kakitangan lega dan menyambut baik keputusan terbaru kerajaan. Secara tidak langsung sokongan kakitangan kerajaan telah kembali. Mungkin peraturan-peraturan lain yang sedikit sebanyak mengganggu kakitangan kerajaan ini ditangani dengan bijaksana jika tidak kesan langsungnya akan terpalit kepada Ahli Parlimen Putrajaya sekarang iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak susah kepada beliau nanti apabila pilihanraya menjelang tiba untuk mengembalikan sokongan dan undi pengundi Putrajaya.

Cukuplah disenaraikan 3 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya Tan Sri Sidek letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN Tan Sri Sidek.

Kulaan : kada baduit awak pun kada wagas bagawi angahnya...

9 comments:

  1. SAYA SUDAH FOLLOW DAN LISTKAN BLOG TUAN DI BLOG SAYA, MOHON TUAN BERKENAN UNTUK LISTKAN BLOG SAYA DALAM BLOG TUAN

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan dan salam tinta berdarah dari saya untuk semua blogger. saya dah follow dan pautkan blog tuan di blog saya.Harap tuan dpt memautkan blog saya dalam senaraian tuan demi alif ba ta. Ini blog saya http://keris7lok.blogspot.com/..terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..

    Blog tuan wak dah pautkan dgn jayanya..

    Salam perjuangan

    Wak J

    ReplyDelete
  4. SALAM ZIARAH BROO..BLOG BROO DAH PUN DI SAMBUNG MELALUI JAMBATAN SILATURAHIMM...SELAMAT BERJUANGG..BALUN PAKATAN HABIS2ANNNN BROOO YEHAAAAA!!!

    ReplyDelete
  5. salam satu Malaysia...
    angahnyak..blog sudah di link..
    harap boleh berkerjasama..

    jawaber6.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Sudah Link tuan, harap dapat follow saya & link juga blog saya, terima kasih

    Kulaan...

    ReplyDelete
  7. hafiz : terima kasih kerana follow & link saya... saya tak dapat cari blog saudara... boleh berikan blog saudara untuk saya paut...

    ReplyDelete
  8. Aku bukan fan Sidek pun, tapi hujah yang diutarakan tak relevan langsung...

    ReplyDelete
  9. dari reason yang diberikan, saya x rase KSN seorang yang x bagus.In fact, bagus sebenarnya. Caranya mungkin strict tapi crucial untuk mengubah work culture orang kerajaan. Selama ni, orang kerajaan agak sinonim dengan " pemalas" di mata masyarakat. Ketua seperti ni diperlukan utk menggerakkan perkhidmatan awam dilevel yang sepatutnya...ke level yang kalau pun gaji kakitangan awam naik, masyarakat xkan berkata " gaji nak naik, keje malas org kerajaan ni"...

    saya bekerja dengan bos yg tidak popular dengan dasar2 yg strict ,tapi on positive side, die adalah penggerak utama jabatan, dn berjaya meletakkan organisasi kami di tempat yg disegani..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers