Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 30 November 2011

#PAUMNO : Selamat Bersidang Perwakilan Umno....



Hari ini akan bermulanya Persidangan Agung UMNO 2011...

Kepada semua perwakilan Umno yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2011, Kulaan mengucapkan Selamat Bersidang. Persidangan hari ini akan melibatkan 3 sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan dijalankan secara serentak di tiga dewan yang berbeza.

Perhimpunan sayap kali ini pasti menarik perhatian kerana setiap perwakilan ternanti-nantikan ucaptama ketua sayap masing-masing yang pasti akan menggunakan pentas perhimpunan persidangan ini untuk membicarakan soal survival parti UMNO, misi dan visi yang ingin dibawa, namum yang paling mengujakan mungkin juga pentas ini akan digunakan sebagai platform untuk mempertahankan diri daripada tohmahan dan kontroversi yang terpalit dan dikaitkan dengan orang No. 1 dalam sayap masing-masing....


Kulaan menjangkakan persidangan yang melibatkan sayap Wanita yang pasti akan dinanti-nantikan bukan sahaja oleh perwakilan tetapi pengamal-pengamal media, apakah yang akan dilontarkan oleh Datuk Seri Sharizat selaku Ketua Wanita UMNO sama ada untuk mempertahankan diri atau membidas pihak-pihak yang mengaitkannya dengan isu NFC atau "Fitlot" yang sudah menjadi isu nasional semenjak mendapat teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara dan mula di"spin" oleh banyak pihak terutama bloggers di alam siber sama ada pro pembangkang hatta pro kerajaan sekali pun.

Sayap Pemuda UMNO juga tidak lari dari kontroversi tetapi mungkin hanya berbeza daripada konsepnya. Soal kredibiliti Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang dilihat kurang "ummphh"nya semenjak menerajui sayap parti ini yang lebih dikenali sebagai hulubalang dan pahlawan kepada UMNO yang dilihat sejak kebelakangan ini kurang sengatnya terutama dalam menarik sokongan pengundi muda yang dilihat paling signifikan dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti. Apa yang bakal nyatakan oleh Khairy hari ini adalah penentu kepada penerimaan golongan muda sama ada turut sama membantu perjuangan UMNO atau menjadi penentang yang pasti sukar untuk ditentang nanti.

Sayap Puteri UMNO pada hemat Kulaan antara sayap parti yang kurang diambil perhatian kerana kurangnya kontroversi. Bukan bermakna Puteri itu lemah dan tidak efektif, tapi Kulaan perhatikan Puteri yang dipimpin Datuk Rosnah Shirlin buat masa ini belum lagi dilanda dengan  kontroversi atau isu panas yang menjejaskan pergerakan sayap.

Apa pun hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kita tunggulah nanti apa kesudahan episod yang penuh dengan tanda-tanya ini terlerai jua misteri yang menyelubungi perhimpunan 3 sayap parti UMNO ini nanti.

Tuuuuuuuunnnngguuuuuuuuu!!!!!!

1 comment:

  1. Amanat manatang pa, asyik ulang melayu hilang kuasa berkali2. Nak mohong pa, kalau melayu hilang kuasa, mai sembelih tengkok aku ni percuma aku tadahkan. Perlembagaan dah tulis, DAP dan parti lain pun akui, mereka tak hingin pun pegang kuasa, yg penting tadbir negara dgn baik dan harta negara adalah harta rakyat bukan hak parti tertentu sahaja. Apa hangpa ingat askar melayu kita nak tengok saja. Cari la modal baru sket kok ye pun nak naikkan semangat ahli parti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers