Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 26 November 2011

PRU Berasingan Merugikan Rakyat...


Pilihan raya umum (PRU) yang dijalankan secara berasingan tanpa melibatkan negeri dikuasai pembangkang, hanya merugikan kerana terpaksa me ngeluarkan perbelanjaan tinggi untuk proses pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya suatu pembaziran sekiranya terpaksa mengadakan dua kali PRU kerana kosnya amat tinggi.


“Membazir sekiranya pilihan raya Dun dan Parlimen antara negeri pemerintah dan pembangkang dibuat berasingan. PRU memerlukan kos tinggi,” katanya.

Menurutnya, perbelanjaan negara perlu dipantau supaya tidak mendatangkan kerugian dan menjejaskan kewangan negara.

Sementara itu, bercakap mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong rang undang-undang tersebut kerana menyifatkan dapat mengawal penganjuran perhimpunan, selain dapat mengelak tercetusnya keganasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers