Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 20 January 2012

Azizan : Madrasah Salihiah Tetap Roboh Tanpa Mengira Apa Keputusan Mahkamah???...


Biar betoi kata MB Kedah, Azizan Madrasah Salihiah tetap dirobohkan tanpa mengira apa keputusan Mahkamah berkaitan writ yg dikemukakan Jawatankuasa Surau.

Dah hilang akal ker Azizan nie nak main langgar jer bila writ saman yang akan didengar 6 Februari nanti.

"Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya LAWAN kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar." Katanya.


Apa dah takda tanah kosong lain kat Alor Setar yang terbentang luas hutan banat. Kalo MB beli tanah bendang pun still okey lagi. Nie nak jugak roboh madrasah tanpa mengira sensitiviti orang Islam sedangkan kerajaan yang mentadbir negeri Kedah dipimpin Pas sebuah parti Islam.

Jadi, di mana ciri Islamnya jika kepentingan dan hak Islam pun bukan setakat tidak terjaga. Ini mesti ada kaitan dengan 'tangan-tangan ghaib' dibelakang projek ini. Kita sudah maklum keadaan parti Pas yang tidak berupaya sekarang ini untuk membuat keputusan melainkan diputuskan oleh PKR dan DAP.

Bersamalah kita pertahankan institusi yang bukan setakat melambangkan Islam tapi terpancarnya syiar Islam.

3 comments:

  1. itu da kemaruk nak komesien lah tu....apa sebelum ni alor setar x maju lagi ke sampai rumah allah pon nak di robohkan...

    ReplyDelete
  2. entah entah die dah buat evance ngan Aman Central kot,so suka atau tidak die kne bagi gak tanah tu pda AC,atas alasan utk di majukan ....

    ReplyDelete
  3. mungkin ada kebenarannya kata-kata Tok Batin tuh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers