Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 18 January 2012

Gugur Exco : Hassan Ali Dakwa Ada Pihak Tidak Sabar Jadi Exco Selangor???...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli Pas yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam Pas masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

Katanya lagi mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini.


“Namun saya tidak ada masalah diatas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya."

“Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya”, katanya pada sidang media di kediamannya.

Tindakan tersebut ujar beliau seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempatnya.

“Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa dia sudah menerima surat rasmi daripada pihak istana memaklumkan mengenai penggugurannya sebagai exco.

Pada masa yang sama beliau akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.

Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju Pas termasuk dalam isu pemecatannya.

“Golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam Pas."

“Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju Pas,” ujarnya.

Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin Pas yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi siri ceramah kecilnya di seluruh negara dalam masa terdekat.

Pada 8 Januari lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada Pas berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam.

2 comments:

  1. akak dah link blog Kulaan Niring. terima kasih sebab singgah ke blog akak dan jgn lupa link kan jugak blog akak eh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers