Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 18 January 2012

Tun M Bidas Pihak Pertikai Hak Saiful Merayu????...


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak yang mempertikaikan hak bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk memohon Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang daripada tuduhan meliwat.

“Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah lebih tinggi?,” kata bekas Perdana Menteri dalam entri terbaru di laman blognya, semalam.

Dr Mahathir berkata, apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, hak mangsa untuk membuat rayuan dipertikaikan.

Petikan daripada blog Che Det :

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.
2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.
3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.
5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).
6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.
7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.
8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.
9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?
10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?
11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?
12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Katanya, sejarah kehakiman negara menunjukkan Anwar menang pertandingan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sejak empat tahun kes itu diadili.

“Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya."

“Selepas diputus yang hakim berkenaan boleh mendengar rayuannya, ada lagi rayuan dikemukakan. Jika keputusan dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah beliau akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan."

“Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan dan jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,” katanya.

Beliau juga turut mempersoalkan keistimewaan yang dimiliki pemimpin pembangkang untuk menentukan bahawa keadilan hanya akan berlaku jika mereka didapati tidak bersalah.

“Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan saja di masjid dengan menjunjung al-Quran, tetapi ketika dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?"

“Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapuk dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers