Mungkin rasa tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkenaan ketuanan Melayu yang tidak diiktiraf DAP dan Pakatan Rakyat, penyanyi rock terkenal tanahair, Amy Search menyindir parti itu dengan menyuruh mereka menaiki keretapi “Tanah Melayu”.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu di laman sosial Twitter miliknya, Amy menyuruh DAP menaiki perkhidmatan keretapi yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
“Suruh DAP naik Keretapi Tanah Melayu lah hahaha,” komennya kepada peminat yang menyampaikan isi kandungan debat antara Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang berlansung petang semalam.
Dalam perbahasan antara dua tokoh politik kaum Cina itu semalam, Guan Eng menegaskan bahawa DAP tidak sesekali mengiktiraf dan menolak ketuanan Melayu sebagaimana MCA.
“DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu dan hanya mengiktiraf ketuanan rakyat sahaja,” kata Guan Eng.
Dipercayai kenyataan Setiausaha DAP itu menyebabkan Amy Search tersinggung dan menyindir Guan Eng.
No comments:
Post a Comment