Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 20 February 2012

Masyarakat Cina Sedar Sumbangan MCA???... @TengAdnanReal


Debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ternyata menyedarkan masyarakat Cina mengenai sumbangan dan keprihatinan MCA terhadap masyarakat kedua terbesar di negara ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata penampilan dan hujah Dr Chua jauh lebih meyakinkan masyarakat Cina dengan peranan MCA dengan BN terhadap pembangunan masyarakat Cina tanpa mengkritik atau menyalahkan pembangkang seperti yang dilakukan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.


“Daripada maklum balas yang kita terima, masyarakat Cina tiba-tiba bangkit dan sedar bahawa MCA sudah melakukan agak banyak untuk masyarakat Cina di negara ini dan kita sudah bekerjasama".

“Saya ingin tekankan lagi, perlu ingat bahawa BN apa sahaja yang kita putuskan adalah konsensus, tidak ada tindas menindas oleh mana-mana parti sama ada yang parti kecil atau parti besar,” katanya kepada pemberita.

Debat dalam bahasa Mandarin bertajuk “Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?” itu diadakan di Berjaya Times Square sebagai sebahagian daripada Forum mengenai bangsa Cina Malaysia di Persimpangan Politik.

Ia dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai, dan disiarkan secara langsung oleh Astro.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, sokongan masyarakat Cina terhadap BN juga meningkat seperti masyarakat Melayu dan India selepas menyedari bahawa hanya BN mampu menjamin kebajikan dan kemakmuran kepada rakyat dan negara.

Beliau juga berkata, isu pertukaran kerusi antara komponen BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN, tetapi tiada keputusan muktamad.

“Dalam BN kita dalam kaedah di mana apa yang kita bersetuju ialah konsensus. Ada juga parti-parti yang memikirkan kawasan-kawasan tertentu barangkali daripada MIC mereka nak pindah, ini ada disebut."

“Begitu juga dengan MCA dan Gerakan untuk kebaikan parti sendiri dan untuk menjadi wakil kepada rakyat. Apa pun rakyat yang penting sebab mereka yang pilih,” katanya.

Ditanya sama ada senarai nama calon UMNO yang akan bertanding pada PRU ke-13 sudah siap dan dikemukakan kepada Perdana Menteri, beliau berkata perkara itu adalah rahsia.

“Rahsia…sabarlah. Saya tak cakap ya atau tidak. Sabar sahaja,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 2,770 orang.

Katanya, seramai 3,400 orang lagi akan menerima bantuan itu pada fasa kedua dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers