Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 20 February 2012

ALiS Tangani Isu Pengundi Hantu... @HishammuddinH2O


Pelaksanaan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALiS) membuktikan bahawa kerajaan serius, komited dan telus dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain memudahkan urusan mendapatkan permit mengubur dan sijil kematian, sistem itu turut diyakini dapat menyelesaikan isu pengundi hantu.

“Sistem ini berkongsi maklumat antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan lapan agensi kerajaan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."


“Sistem ini diyakini dapat menyelesaikan isu pengundi hant kerana laporan kematian seorang pengundi akan terus disalurkan kepada semua agensi yang berkongsi maklumat dan membolehkan SPR bertindak mengemaskinikan data daftar pemilih dengan mengeluarkan nama si mati sebagai pengundi setelah menerima laporan tersebut secara dalam talian (online),” katanya melalui satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, sebelum ini pihak SPR tidak boleh sewenang-wenangnya membuang nama pengundi yang didakwa sudah meninggal dunia jika tidak dibuktikan oleh waris si mati dengan sijil kematian yang dikeluarkan JPN.

Justeru, katanya, beliau berharap isu wujudnya pengundi hantu seperti yang didakwa pihak tertentu tidak lagi timbul dan dijadikan bahan politik murahan untuk mengelirukan rakyat dengan kewujudan sistem tersebut.

Dalam pada itu, katanya, ALiS dapat menambah baik dan mengemas kini segera segala data mengenai daftar pemilih oleh pihak SPR.

“Ini selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) sebelum ini,” katanya lagi.

ALIS yang dilancarkan 1 Disember 2011 antara lain akan membolehkan data mengenai kematian seseorang pengundi dimaklumkan di balai polis ketika waris si mati memohon permit kubur disalurkan terus secara automatik ke JPN untuk dikemas kini.

Waris si mati kini hanya perlu membuat satu laporan untuk mendapatkan permit mengubur dan sijil kematian, sekaligus di balai polis, hospital atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

1 comment:

  1. BUKAN SENANG WOO MAHU SATUKAN JABATAN DI DALAM KERAJAAN, BUKAN MACAM ORANG PAS KATA DAFTAR SAJA KAT PENDAFTARAN DAH LAYAK MENJADI PENGUNDI. BANYAK FAKTOR YANG PERLU DIBUAT, SISTEM KOMPUTERNYA MACAM MANA. SISTEM KESELAMATAN DIANTARA JABATAN BAGAIMANA PULAK. OSA ANTARA JABATAN BAGAIMANA PULA. UNDANG-UNDANG DALAM SPR BAGAIMANA PULAK NAK KENA ROMBAK DAN SEBAGAINYA. BUKAN SENANG NAK BUAT SESUATU TETAPI AMAT SENANG NAK MENGKRITIK SESUATU. PEMBANKANG HANYA TAHU CAKAP SAJA. BAGAIMANAPUN TAHNIAH ATAS USAHA KERAJAAN INI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers