Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 25 November 2012

Pas Parti Syaitan????...?.


1. Ularmak Pas telah memandu pengikut-pengikut Pas ke arah kesesatan yang jauh. Mereka berangapan bahawa Pas Islam dan Islam adalah pas. Mereka beranggapan bahawa Islam hanyalah milik mereka sahaja dan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Inilah umat yang sesat dan menyesatkan, yang menggunakan agama Allah kejalan yang tidak diredhai bahkan dimurkai Allah.

2. Siapa boleh lupa apabila Nik Aziz yang mendoakan pecah perut kepada DS Najib sedangkan sebelum itu DS Najib berusaha menerbangkan beliau dari Kota Bhahru ke Kuala Lumpur dan mengarahkan memberikan rawatan terbaik kepada beliau yang ditimpa musibah dan bala yang dengan azab dan kesakitan yang berat. Di Labis, puak-puak yang sesat itu menjaja doa memusnahkan UMNO BN sepanjang kempennya.

3. Demikiankah perlakuan orang-orang yang beriman kepada Allah? Ketika kita diseru mendoakan kebaikan kepada saudara sesama Islam Pas pula mendoakan kemusnahan dan kerosakan kepada sesama Islam. Kenapa Pas tidak doakan kepada kemusnahan kepada Yahudi yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Palestin selama ini?

4. Kenapa tidak ada ularmak pas yang memperbetulkan akidah mereka selama ini? Apa yang jelas adalah arahtuju perjuangan Pas berubah-ubah dan tidak konsisten terutama kepada pengembangan Islam. Jelas bahawa perjuangan Pas adalah menguasai politik dan memusnahkan UMNO. Hudud dan membangun bersama Islam hanyalah slogan semata-mata dan mengaburi pandangan umum.

5. Terbaru, Pas sekali lagi berdoa dan mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Jikalaulah Allah menuruti keinginan Pas maka semesta alam akan dimusnahkan oleh cita-cita dan dendam Pas selama ini. Apa ada dalam hati Pas hanyalah memusuhi dan dendamnya terhadap UMNO, maka tidak hairanlah apabila Ularmak besarnya mengeluarkan kenyataan bahawa Pas adalah parti syaitan yang sanggup bersahabat dengan syaitan untuk mencapai cita-citanya.

6. Pas akan teap sesat dan menyesatkan selagi Nik Aziz dan Hj Hadi masih memimpin parti itu. Order baru Pas mestilah lebih berani dan agresif untuk menyingkirkan kulatlapok-kulatlapok Pas itu dari terus berkuasa dalam Parti. Beranikah anak muda dalam Pas melakukan perubah itu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers