Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 1 December 2012

Panas : Analisis Keputusan Penuh Malaysia vs Indonesia Piala Suzuki 2012...


Malaysia akhirnya berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki 2012 hasil kemenangan 2-0 ke atas Indonesia bagi perlawanan ketiga dalam kumpulan B.

Malaysia menjadi naib juara kumpulan B yang bakal menentang juara kumpulan A iaitu Thailand yang menang ketiga-tiga perlawanan dalam kumpulan.

Thailand bakal menjadi pasukan yang akan dihadapi oleh pasukan Malaysia di perlawanan separuh akhir nanti dengan rekod juara kumpulan A yang menang ketiga-tiga perlawanan dengan mengumpul 9 mata penuh.

Gua bersetuju dengan kenyataan blogger ParpuKari dalam tweetnya berkaitan dengan penyokong Malaysia yang tidak berlaku adil dengan pasukan Malaysia seperti tweet beliau "RT @ParpuKari: "Jangan bersorak ketika menang kalau tak boleh menyokong ketika kalah" - K. Rajagobal #RajaGobalmengganas"

Gua ingin mengulas skit kebenaran kata-kata dan pandangan K. Rajagopal selaku jurulatih team Harimau Malaya yang mendapat kritikan yang agak melampau daripada akhbar-akhbar arus perdana hingga memaksa membuat beberapa kenyataan untuk menyokong pasukan negara ketika Malaysia kalah 0-2 dalam perlawanan pertama ketika menentang Singapura.

Akhir sekali tahniah buat jurulatih K. Rajagopal yang berjaya dengan eksperimennya buat masa ini dan biar masa yang akan menentukan keberkesanan eksperimen beliau.

Buat semua pemain pasukan Malaysia yang mengalirkan keringat sehingga membuahkan kejayaan demi kejayaan, TAHNIAH daripada gua dan seluruh rakyat Malaysia.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers