Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 15 January 2013

Pembangkang Cuba Nafi Kegagalan #KL112???...


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ternyata gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk menghimpunkan lebih 1 juta rakyat Malaysia.

Pemimpin pembangkang yang menyedari hakikat kegagalan itu bagaimanapun berusaha mengenepikan fakta sebenar bahawa perhimpunan tersebut sebenarnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini.

Berdasarkan rekod polis dan disokong pula dengan gambar perhimpunan yang disiarkan menerusi internet, HKR terbukti hanya dihadiri kira-kira 30,000 peserta yang kebanyakan merupakan penyokong pembangkang sendiri.

Tetapi pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan mengakui kegagalan itu dengan membuat pelbagai penafian menerusi beberapa kenyataan yang tidak wajar dan sesuai.

Malah, beliau sanggup mendakwa perhimpunan anjuran pakatan pembangkang di Stadium Merdeka itu merupakan satu kejayaan dan kekalahan teruk kepada Barisan Nasional (BN) dan media massa negara ini.

"Tidak diragukan lagi bahawa salah satu pihak yang kalah teruk kerana perhimpunan itu berjaya adalah media perdana BN," katanya.

Sikap serupa ditunjukkan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian yang mendakwa perhimpunan yang hanya dihadiri oleh penyokong pembangkang itu sebagai satu sejarah yang sangat penting untuk negara.

Beliau tanpa segan mendakwa, HKR yang kononnya dihadiri ramai peserta menunjukkan bahawwa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers