Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label KL112. Show all posts
Showing posts with label KL112. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Pembangkang Cuba Nafi Kegagalan #KL112???...


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ternyata gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk menghimpunkan lebih 1 juta rakyat Malaysia.

Pemimpin pembangkang yang menyedari hakikat kegagalan itu bagaimanapun berusaha mengenepikan fakta sebenar bahawa perhimpunan tersebut sebenarnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini.

Berdasarkan rekod polis dan disokong pula dengan gambar perhimpunan yang disiarkan menerusi internet, HKR terbukti hanya dihadiri kira-kira 30,000 peserta yang kebanyakan merupakan penyokong pembangkang sendiri.

Tetapi pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan mengakui kegagalan itu dengan membuat pelbagai penafian menerusi beberapa kenyataan yang tidak wajar dan sesuai.

Malah, beliau sanggup mendakwa perhimpunan anjuran pakatan pembangkang di Stadium Merdeka itu merupakan satu kejayaan dan kekalahan teruk kepada Barisan Nasional (BN) dan media massa negara ini.

"Tidak diragukan lagi bahawa salah satu pihak yang kalah teruk kerana perhimpunan itu berjaya adalah media perdana BN," katanya.

Sikap serupa ditunjukkan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian yang mendakwa perhimpunan yang hanya dihadiri oleh penyokong pembangkang itu sebagai satu sejarah yang sangat penting untuk negara.

Beliau tanpa segan mendakwa, HKR yang kononnya dihadiri ramai peserta menunjukkan bahawwa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Video Eksklusif] : Bukti Pendemo #KL112 Sembanhyang Ikut Kiblat Sesuka Hati...



Takkan la daripada beribu-ribu manusia tu xda sorang pun yang bawak alat arah kiblat...

Takkan la daripada beribu-ribu manusia yang datang xda ostaz alim ulamak yang tau arah kiblat...

Takkan la pihak penganjur tak bagi tau kat peserta mana arah kiblat...

Sesat dah korang nie ikut kiblat sesuka hati korang...

Monday, 14 January 2013

Berapa Ramai Sebenarnya Hadir #KL112??? Ini Jawapannya...


Setiap kali berlaku perhimpunan besar-besaran di negara ini, maka permainan yang akan berterusan selama beberapa hari ialah berapa ramai yang datang.

Seolah-olah kalau ramai yang datang, maka kumpulan itu sebenarnya kuat, sebenarnya pilihan rakyat dan macam-macam.

Ambilah contoh Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lepas. Tak habis dibincangkan di Facebook di kalangan penyokong kedua pihak, kerajaan dan pembangkang.

Di pihak pembangkang, macam-macam kedengaran sebenarnya.

Lim Kit Siang kata 100,000 orang hadir, Adam Adli yang tak seberapa tu pulak kata 200,000, Hishammuddin Rais kata 500,000 (sungguh over), di Facebook tadi entah memetik pakar matematik entah mana kata 700,000 (terlebih sangat kan).

Hakikatnya, maksimum orang boleh duduk di Stadium Merdeka adalah 30,000, berdiri di padang 20,000. Jadi maksimum dalam stadium adalah 50,000.

Di luar stadium pula dianggarkan seramai 20,000.

Jadi keseluruhan yang dijangka hadir semalam ialah sekitar 70,000.

Sunday, 13 January 2013

Sebab Unit Amal Pas La #KL112 Aman Bukan @PDRMasia????...


Kejayaan pihak polis dalam memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dapat berjalan secara aman dan teratur tidak boleh disangkal, malah kejayaan pasukan polis itu mendapat pujian ramai pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Namun disebalik banyak pujian diterima polis kerana berjaya memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman, ada pula pihak dilihat seolah-olah merendahkan sumbangan pihak polis dalam menjamin keselamatan para peserta dan orang awam berikutan perhimpunan anjuran pembangkang berkenaan.

Ia apabila Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S.Barathidasan hari ini mendakwa HKR dapat berlangsung dengan aman dan selamat kerana peranan yang dimainkan oleh Unit Amal PAS.

"Perhimpunan ini adalah perhimpunan yang aman kerana pihak polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air.

Lagi Bukti Penganjur #KL112 Melanggar Arahan Polis Jangan Bawa Kanak-kanak Ke Perhimpunan...





Saturday, 12 January 2013

Bukti Gambar 1 Juta Rakyat Malaysia Turun #KL112???...





Ini buktinya betapa ramai rakyat Malaysia turun memenuhi Stadium Merdeka tengahari tadi. Lebih sejuta rakyat Malaysia memenuhi stadium yg kapasitinya 30 ribu kerusi.

Tahniah kepada 27 juta 960 ribu rakyat Malaysia yang lain kerana tidak turun ke Stadium Merdeka.

p/s : let's a picture talk a thousand words...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 11 January 2013

Betul Ker #KL112 Dibatalkan Sebab PKR/Pas/DAP Tiada Kata Sepakat...


TERKINI/LATEST: Perhimpunan Shamsidar yg di jadual esok 12hb anjuran Azmin,Tin Chua dan Hishamudin Rais di batalkan atas sebab2 tidak ada kata sepakat dan timbul pertelingkahan di kalangan pkr,dap dan pas.(The Shamsidar gathering suppose to be held 2moro has been cancelled due to many reasons.pls inform and forward to friends)..tq/t.kaseh..rosli.. pkr.

p/s : ini adalah info yang dihantar ke bbm gua... elok sangat ler tu... menyusahkan warga kotaraya jer...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 10 January 2013

[Eksklusif] : Gambar2 "Police Media Marshall" Bakal Diperkenalkan Semasa #KL112... @HishammuddinH2O @tunfaisal




Tag Media Langkah Proaktif Jamin Keselamatan... @HishammuddinH2O @tunfaisal


PUTRAJAYA – Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan Bersih yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.

"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers