Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 13 January 2013

Sebab Unit Amal Pas La #KL112 Aman Bukan @PDRMasia????...


Kejayaan pihak polis dalam memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dapat berjalan secara aman dan teratur tidak boleh disangkal, malah kejayaan pasukan polis itu mendapat pujian ramai pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Namun disebalik banyak pujian diterima polis kerana berjaya memastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman, ada pula pihak dilihat seolah-olah merendahkan sumbangan pihak polis dalam menjamin keselamatan para peserta dan orang awam berikutan perhimpunan anjuran pembangkang berkenaan.

Ia apabila Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S.Barathidasan hari ini mendakwa HKR dapat berlangsung dengan aman dan selamat kerana peranan yang dimainkan oleh Unit Amal PAS.

"Perhimpunan ini adalah perhimpunan yang aman kerana pihak polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air.

"Mipas tabik kepada Unit Amal PAS kerana melakukan kerja yang cemerlang dalam mengawal orang ramai. Unit Amal PAS boleh mengendalikan secara profesional tanpa apa-apa gangguan daripada pihak polis dan polis harus mencontohi Unit Amal PAS," katanya.

Dalam pada itu, Barathidasan turut mendakwa kerajaan bersikap pilih kasih apabila melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai perhimpunan itu manakala pihak polis melarang kanak-kanak terlibat dalam HKR.

p/s : muka tak malu betul la puak2 pakatan nie... Lembu punya susu, sapi yang gila nama... Puuuuuiiiihh!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Ada kehairanan diminda msyarakat sebab HS (himpunan Shamsidar) kali ini tidak spt himpunan LGBT dahulu, nampak aman dan tiada keganasan... Kenapa?.
    Sebabnya ialah tak lain kerana puak PR sebenarnya mempunyai kumpulan yang dilatih untuk membuat kekacauan... Sebenarnya hanya beberapa kumpulan shj yang t"terlatih" ini, bila kump ini tidak diarah untuk membuat sesuatu, maka perhimpunan akan samasekali aman sebab ramai yg hadir bukan bertujuan utk bertempur. Yang bertempur adalah dari kalangan kump2 yang tersebut tadi.
    Pendek kata, kalau tiada yaajuj maajuj, maka dunia ini akan aman. Faham kan?

    ReplyDelete
  2. Semua dah bagi sumbangan terbaik menjayakan HKR.
    Polis, Unit Amal.
    InsyaAllah..PKR menjadi sebuah kerajaan yang baik dan cemerlang.
    Hapuskan rasuah dan yang bersalah ke muka pengadilan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers