Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 13 March 2013

[Eksklisif!!!] Anak Dipukul, Rumah Dibakar, Namun Ketua Kampung Nekad Enggan Bersubahat Dengan Penceroboh Sulu!!!...


Mahmood Mallang merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian.

Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke sini sejak berusia 18 tahun lagi.

Beliau yang berusia 72 tahun kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.

Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.

Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.

" Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun," tegasnya.

Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama.

Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.

Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.

" Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana  mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.

" Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang," katanya.
Menurut Mahmood, beliau  percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku.

Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.
" Sebenarnya 'Jeneral' Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.

" Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Moga anggota keselamatan Malaysia yang terkorban ditempatkan dikalangan para syuhada. Jahat betul dalang yang terlibat ni. Kesian kepada orang awam yg tak berdosa terpaksa menerima akibat dari perbuatan dalang2 yg hati busuk. Tak ada sebab nak tahan orang awam dan nak bakar rumah orang. Kalau nak datang cari rezeki tak perlu lah bawak senjata. Bumi Allah luas. Banyak cara mencari rezeki tetapi bukan dengan nhiat jahat dan keganasan. Kepada En Kiram dan keluarga, hidup ini singkat, dosa2 anda akan terpahat dihati orang2 yg telah kamu aniaya. Dan Allah memerhatikan setiap inci dosa dari perbuatan anda semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers