Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 6 April 2013

Panas!!! Laaa… Anwar Nak Bertanding Di Permatang Pauh Pulak Dah…


Anwar malam tadi akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu di buat di Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


"Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanya.

Habis tu mana plak orang kampung dia boleh tau PM datang daripada Permatang Pauh. Apa orang kampung tu tukang telek ker. Tahyul...

Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ.

Jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

"Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang.

Isterinya Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. nak bertanding kat tambun?.. lawan DS Husni?.. dah hilang akai ke?.. kat tambun semua orang tahu DS Husni orang kuat kerja membangunkan tambun.. orang cina pun suka dia.. anwar, lu datang nak pakai kapasiti apa? .. kaki maksiat? kaki kelentong? jentera pru PKR kat tambun hidup segan, mati tak mahu.. harapkan jentera Pas, itu pun ada berapa kerat je..

    ReplyDelete
  2. bagi aku AI is history. Tengok last drama ni, sendiri gatal tak nak bertandig kat permatang pauh, sendiri buat U turn. dan suruh rakyat tengok drama ni......lain kali la....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers