Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 28 May 2013

Pemuda PAS Mahu Anwar Perjelas Mengapa Perjanjian Dirahsiakan!!!


Perselisihan yang berlaku antara Pemuda PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa hari lalu memasuki episod baharu hari ini.

Ia apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini dengan lantang menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung perjanjian sulit antara ketua pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu menjelaskan sama ada perjanjian itu benar-benar berlaku dan mengapa beliau menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pemimpin pembangkang yang lain terutama PAS.

"DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan Perdana Menteri . Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?. Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?," desaknya melalui satu kenyataan media hari ini.


Raja Ahmad dalam pada itu berkata, DPPM mengingatkan PKR bahawa PAS menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selama ini termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan BN.

Malah, katanya, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin PKR dan DAP terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum.

Beliau turut membandingkan kesetiaan DAP dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sebelum ini pernah menolak tawaran BN dan terus bersama pakatan pembangkang.

"PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam pakatan. Hanya penjelasan (daripada Anwar) dapat melegakan keresahan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi," katanya lagi.

Media pada 25 Mei lalu melaporkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Anwar telah memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Malaysia yang diuruskan beliau selaku orang tengah antara Perdana Menteri dan ketua pembangkang itu.

Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu bagi menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei seperti yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.


Mynewshub.my pula semalam melaporkan hubungan antara pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula retak apabila kedua-dua pihak saling menunding jari berikutan kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu. – mynewshub.my 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









1 comment:

  1. Sudah lah pemuda PAS, tak payah mintak penjelasan, Nuar kata nanti bukan standard lu mau tau macam-macam. Lu taraf pencacai angkut najis, tak payah lah buka mulut nak gempak lagipun kami ni orang BN sdg gelakkan ko tu kerana ketololan Pemuda PAS yang HAMPAS...pthuii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers