Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 17 May 2013

Subhanallah!!! Anwar Tidak Redha Ketentuan Allah!!!


Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Anwar Fahmi Abdullah membidas tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan beberapa siri perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pensyarah Komunikasi dan Pengajian Media itu berkata,  Anwar sepatutnya menerima hakikat kegagalan pakatan pembangkang untuk merampas kerajaan Persekutuan dan tidak membuat perkara yang boleh menyebabkan huru-hara dan mendatangkan ancaman kepada negara.

"Sekiranya Barisan Nasional (BN) benar-benar zalim dan menyeleweng dalam PRU13 tidak mungkin berlaku peningkatan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pakatan.

"Sekiranya rakyat benar-benar mahu memberi kemenangan kepada pakatan sudah pasti BN tumbang dengan kekalahan yang besar, namun rakyat tetap memberi ruang untuk BN meneruskan agenda pembangunan negara walaupun dengan majoriti mudah 133 kerusi," katanya.

Justeru Muhammad Anwar Fahmi meminta Anwar supaya bertenang dan bertindak secara rasional dengan ketentuan Allah dan melihat perkara itu dengan penuh hikmah kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, tindakan Anwar yang terus mengistiharkan perang psikologi terhadap kerajaan BN serta menganggu- gugat perjalanan mandat yang bakal direalisasikan oleh kerajaan Persekutuan sekadar mengambarkan kerasukan beliau untuk mendapatkan kuasa.

Beliau juga melahirkan rasa bimbang dengan tindakan Anwar yang seolah-olah cuba mendapatkan perhatian,sokongan dan kekuatan daripada dunia luar khususnya Amerika Syarikat untuk menyokong usahanya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Firman ALLAH SWT: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu...Ali-Imraan, ayat 26...

    ReplyDelete
  2. Cakap dan nasihatlah macam mana sekalipun. Haram jadah sekor ni bukannya reti. PDRM dok tunggu apa lagi???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers