Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 15 August 2013

Puaka Niring : Untuk Apa TV3 Siarkan Hantu Gangster Arahan Namewee??? @tv3


Pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun lalu Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 menayangkan iklan Hari Raya yang kontroversi yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila iklan dicampur adukkan dengan elemen pelbagai agama.

Hasilnya, TV3 menarik semula siaran iklan itu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Kali ini, pada Aidilfitri kali ini TV3 pula telah menjadualkan tayangan filem arahan pengarah filem menghina Melayu dan Islam Wee Meng Chee atau Namewee.

Filem yang dipilih sudahlah tajuknya tak berfaedah "Hantu Gangster" lebih parah ia ditayangkan ketika sambutan Aidilfitri masih lagi hangat di seluruh negara. Di dalam laman web jadual TV3, tayangan filem itu dijadualkan pada 19 Ogos depan pada pukul 10 malam, waktu perdana.

Tidak layak untuk filem Namewee ditayangkan di mana-mana stesen TV di mana pun di negara ini kerana jelas, pemuda ini tidak menghargai budi yang diberikan oleh kerajaan.

Jelas dalam videonya, dia bertindak mengugut kerajaan dengan niat menghina mereka selepas kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kebenaran tayangan filem The New Village.

Ia dikatakan mempunyai unsur mengagungkan komunis yang diangkat sebagai wira kemerdekaan negara.

Namewee mempertikaikan juga tindakan menahan dan mendakwa dua blogger seks Alvin dan Vivian selepas kontroversi mereka menghina kesucian bulan Ramadan beberapa minggu lalu.

Kini TV3, sebuah stesen televisyen tersohor nak tayangkan filem Hantu Gangster arahan si dia ni pada waktu Aidilfitri. Eloklah pihak TV3 menilai semula keputusan ini.

Jika terus ditayangkan, pasti mengundang kritikan hebat dan kecaman lagi dari orang ramai tambahan pula orang Melayu Islam di negara ini. Sudah habis kah stok Jejak Rasul yang hebat dulu untuk ditayangkan semula???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Salam... Bro... Terima kasih sebab tolong sebarkan info ini... Harap menteri berkenaan tidak butakan mata, pekakkan telinga...

    ReplyDelete
  2. Penghinaan demi penghinaan budak wannabe ini telah lakukan terhadap orang Melayu dan Islam. Adakah kita patut menyokong kebiadapan ini? Pastinya tidak. Adakah Menteri Melayu begitu bingong hingga tidak dapat membezakan di antara yang baik dan yang jahat. Jangan cube nak play safe dan konon nak ambil hati orang muda! Yang biadap ini sepatutnya dihukum dan bukan diraikan! Pastinya dalam otak budak wannabe berhingus ini sedang mentertawakan orang Melayu keseluruhannya! Kalau menteri bingong tak tahu bertindak janganlah jadi menteri mewakili rakyat yang menyokong parti yang banyak berjuang untuk memajukan orang Islam Melayu dan negara ini!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers