Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 29 September 2013

Kerana Taksub Pengikut Pas Sanggup Beli Tongkat Nik Aziz RM15K...


Tongkat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu telah dibida seorang usahawan pada harga RM15,000.

Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, pada program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam.

Lelongan  bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang.

Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai
.
Ketika ditemui, Abdullah mengakui sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS  itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah.


Jelasnya lagi, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini.

"Saya memang meminati Tuan Guru, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangan tok guru sejak 25 tahun lalu," ujarnya.

Beliau tidak teragak-agak untuk membeli barangan peribadi Tuan Guru sekiranya ada yang ingin dijual untuk tujuan amal.

Walaupun tidak selincah sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar, tidak bererti keperihatinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap rakyat telah berakhir.

Keperihatinan dan tanda tanggung jawab yang tidak pernah berakhir itu mendorong Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerahkan tongkatnya untuk dilelong baru-baru ini.

Hasrat itu telah disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS  Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga mangsa kebakaran Kampung Sireh Bawah Lembah.

Tongkat itu diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alaani Abdul Kader kepada Abdullah sebaik sahaja memenangi bidaan.

Rosli melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil peluang untuk menyampaikan derma melalui kaedah itu.

Jelasnya sumbangan itu akan diserahkan pada mangsa kebakaran yang terlibat dalam waktu terdekat.

"Bagaimanapun kita akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa," ujarnya.


Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













7 comments:

  1. Bulu Tok Garu berapa harga?

    ReplyDelete
  2. Kenapa rosmah x jual seluar dalam dia yg boleh muat dua ekor gajah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA KAITAN ROSMAH DGN HAL INI? TAK PASAL2 LU DAPAT DOSA KERING...NERAKA JAHANAMLAH LU MASUK.

      Delete
  3. Terus derma harga tongkat atau 45% bayaran pentadbiran??selebihnya baru didermakan..

    ReplyDelete
  4. anan 1035..apasal ko tnye..nk beli ekk..gila seks betulh ko nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nk wat modal tu... dh gersang sgt tu..ye la bnde x pnah dapat..hehe

      Delete
  5. bila macai bercakap.. yg ikhlas jadi salah.. bodoh.. baik korang pegi bangangkan diri dengan Najib senang.. buat baik pn salah, buat salah lagi la salah.. bodoh macai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers