Namun apa yang mahu dibincangkan di sini bukanlah pasal kelewatan atau bekalan makanan yang kononnya dikatakan tiba lewat dan tidak mencukupi. Tapi pasal khemah! Ya khemah! Kenapa isunya di sini khemah? Seperti apa yang dinyatakan oleh mangsa banjir di Kemaman bukan bekalan makanan yang tidak cukup tetapi khemah.
Menurut mangsa banjir, khemah yang ada di pusat perpindahan tersebut adalah milik mangsa atas inisiatif dan pengalaman penduduk terjejas. Persoalannya di sini, kejadian banjir berlaku saban tahun dan sudah tentu pihak kerajaan terutama agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah sedia maklum.
Memang benar kejadian banjir ini di luar jangkaan pihak terbabit ditambah dengan jumlah mangsa yang agak besar serta dikatakan sebagai banjir terbesar sejak tahun 1971 tetapi sekurang-kurangnya sebahagian besar persediaan seperti khemah sudah dalam jangkaan. Berdasarkan pemerhatian di media massa yang melaporkan gambar pusat perpindahan mangsa banjir memang kita dapat lihat sebahagian besar mangsa di tempatkan dalam dewan yang luas dan terbuka.
Dengan pemberian khemah sekurang-kurangnya dapat membantu setiap keluarga dan mangsa terutamanya kaum wanita untuk berada dalam keadaan lebih selesa seperti mahu menyalin pakaian, tidur, menyusukan bayi atau perkara-perkara lain yang melibatkan aurat.
Perkara ini masih belum lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkaitan dan jangan pula disalah anggap antara teguran dengan menghentam. Ini bukannya mahu mengentam sesiapa sekadar memberi pandangan.
Manakala kepada mereka-mereka yang berhati mulia di luar sana yang turut membantu meringankan beban dengan menderma sama ada wang ringgit, bekalan makanan atau keperluan asas eloklah berfikir kembali untuk membuat sedikit peruntukan dan perubahan dengan membekalkan khemah-khemah pula kepada mangsa-mangsa banjir.
p/s : insyaAllah jika tiada aral melintan gua bersama seorang sahabat blogger lagi turut sama akan turun ke Pantai Timur malam ini bagi menghulurkan bantuan dan tenaga tulang empat kerat kerana hanya inilah yang mampu kami hulurkan lantaran kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Kami juga cuba untuk berkongsi pengalaman dan maklumat tepat berkaitan mangsa banjir yang cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang lebih banyak melalak komen, kutuk, kondem, fitnah serta memburukkan usaha kerajaan serta individu tertentu turun memberi bantuan daripada turut sama membantu mangsa banjir. Doakan kami... Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment