Hari ini kumpulan misi bantuan kemanusiaan bencana banjir bakal tiba ke lokasi bencana sekitar kawasan terjejas di Kuantan. Misi atas inisiatif Ketua Pemuda Perak yang baru dan mantap berbanding KP Perak lama, sdr Hairul a.k.a Own yang mendapat kerjasama dari NGO Perak dan UniKL Medical Centre.
Konvoi yang baru bergerak pagi tadi bakal dijangka tiba di Kuantan sebelah petang nanti bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan. Menurut KP Perak baru, Own bantuan ini adalah sumbangan banyak pihak dan Pemuda Perak berjaya mengumpulkannya dalam masa yang singkat.
Konvoi juga disertai sepasukan anggota perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Hospital Kuala Lumpur (UniKLcmp Medical Centre) a.k.a URMC.
No comments:
Post a Comment