Sebelum ini gambar menunjukkan suasana banjir sekitar Kuantan yang ditenggelami air kecuali sebuah masjid di Sg Isap, mendapat perhatian ramai di media sosial.
Dalam gambar tersebut dapat dilihat dengan jelas, kawasan masjid tidak terjejas seperti kawasan rumah di sekitarnya.
Rata-rata menyatakan kekaguman terhadap hal ini dan mengaitkannya dengan keajaiban.
Begitu pun, sebenarnya terdapat penjelasan mengapa hal ini berlaku.
Mengikut gambar yang disiarkan di laman blog addin77.blogspot.com; kawasan masjid ini ternyata berada di kawasan tinggi kerana ia ditambak ketika pembinaannya.
Justeru tidak hairanlah di saat binaan sekeliling digenangi air, masjid Sg Isap kurang terjejas.
Begitu pun, ia masih menunjukkan bagaimana kuasa Allah memelihara rumahNya.
Pada masa sama, fakta ini diharapkan memberi penjelasan dan merungkai kekeliruan yang telah tercetus.
Sumber: http://addin77.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment