Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 2 February 2014

B**i!!! Kurang Ajar DAP Kecam Khutbah Jumaat!!!


Parti Pembangkang sekali lagi mempertikaikan kandungan khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat lalu kerana didakwa tidak menyokong keharmonian antara agama di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang menegaskan bahawa khutbah Jumaat tersebut bercanggah dengan usaha untuk mewujudkan perdamaian nasional di negara ini.

"Persoalan yang perlu ditanya sama ada pegawai Jakim yang menyediakan khutbah Jumaat itu menyokong konsep inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Wasatiyyah yang dipromosikan oleh kerajaan.

"Tiga prinsip Wasatiyyah iaitu kesederhanaan, keadilan dan saling menghormati tidak ditunjukkan dalam khutbah Jumaat semalam," tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Kit Siang mempersoalkan sama ada Kabinet bersedia membuat pendirian khutbah Jakim semalam tidak mencerminkan perdamaian untuk menamatkan hasutan perkauman dan keagamaan di negara ini.

"Adakah khutbah Jakim pada Jumaat depan akan berbeza," soalnya lagi.

Parti pembangkang dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng pada September tahun lalu pernah membidas Jakim sebagai keterlaluan dalam mempertahankan kalimah `Allah' daripada dipakai bukan Islam di negara ini melalui khutbah Jumaat.

Mereka menganggap langkah Jakim itu tidak bertanggungjawab kerana cuba mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

Berikut sebahagian petikan teks ucapan khutbah Jumaat pada 31 Januari lalu seperti yang diperoleh mynewshub.my melalui laman web http://www.islam.gov.my:

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam, sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)."

Dalam kitab tafsir menjelaskan bahawa golongan Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya mengikut kehendak mereka. Justeru, mereka akan menggunakan pelbagai cara dan jalan untuk merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Tapi malangnya, peringatan Allah itu tidak dihiraukan oleh kebanyakan orang Islam. Maka tidak menghairankan bilamana terdapat di kalangan orang Islam itu yang terpedaya dengan musuh Islam.

Akibatnya, Islam sesama Islam bercakaran dan berpecah-belah, sedangkan musuh-musuh kita ketawa meraih kejayaan memperdaya orang Islam yang alpa terhadap amaran dan peringatan Allah SWT.

Bayangkanlah, apakah kita sanggup bersubahat dengan musuh yang sudah jelas mahu meruntuhkan negara dan memecahkan tembok yang selama ini melindungi agama islam dan umatnya?.

Percayalah, perbuatan yang melampau ini hanyalah merosakkan akidah umat Islam untuk menghakis kedaulatan umat Islam.

Tariklah nafas kebijaksanaan, bukakanlah hati dan lihatlah apa yang sedang berlaku saat ini. Bukankah agama Islam sentiasa dicabar?. Bukankah maruah umat Islam sedang dipersenda?. Bukankah pemimpin umat islam sedang diaibkan oleh musuh-musuh Islam?. Maka, apakah perjuangan dan peranan yang telah kita laksanakan?.

Apakah perasaan dan tindakan kita? Adakah kita hanya menjadi penonton atau telah kita zahirkan sokongan kita untuk mempertahankan kesucian islam dan hak umat islam?

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Keamanan dan keharmonian hidup yang kita kecapi hari ini antaranya adalah hasil daripada kewujudan dan pembudayaan semangat saling hormat menghormati, bertolak ansur, berkompromi dan muafakat di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Semua rakyat berperanan dan memberi sumbangan terhadap perpaduan negara. Berkat perpaduan itulah juga yang membolehkan pemerintah melaksanakan pelbagai program pembangunan demi mensejahterakan hidup rakyat.

Ini adalah isyarat jelas bahawa perpaduan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya yang perlu terus dipelihara dan dikekalkan oleh masyarakat majmuk negara ini.

Sedarilah bahawa mengejar agenda bersifat perkauman, kepentingan kelompok tertentu dan peribadi dalam masyarakat berbilang kaum hanya akan menanamkan benih perbalahan yang akan memudaratkan dan menggugat keharmonian dan perpaduan. Ini kerana apabila berlaku perbalahan dan perpecahan, sukar untuk menyatukan kembali.

Dan andai kata berlaku perbalahan, ia mungkin mencetuskan pula pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Setelah itu, barulah manusia akan merasai betapa sengsara dan peritnya erti kesusahan bilamana nikmat keamanan serta keharmonian dicabul.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa umat Islam berkewajipan menghayati semangat pepatah melayu: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Sebagai umat Islam kita juga wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang di cerminkan oleh bangsa- bangsa lain dalam mempertahankan maruah dan kepentingan mereka.

Renungilah peristiwa dari peperangan Ahzab yang berlaku pada 7 Syawal tahun ke 5 Hijrah bersamaan 29 Februari tahun 627 Masehi, telah memberi pengajaran yang besar kepada kita dengan menyaksikan penyatuan golongan yang menentang Islam dalam memerangi Rasulullah SAW.

Pengajaran besar dari peristiwa peperangan Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam pasti akan menghadapi serangan dan pakatan musuh untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita pada hari ini juga diserang dari pelbagai arah, samada serangan secara fizikal atau spiritual seperti serangan dalam bentuk pemikiran, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Yakinlah diri sendiri bahawa kekuatan utama umat Islam pada hari ini ialah dengan mengekalkan perpaduan sesama kita. Kita diciptakan oleh Allah SWT dengan kriteria dan watak yang berbeza-beza. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta ideologi. Namun kita dituntut untuk bersatu padu demi agama, bangsa dan negara. Inilah sebenarnya Manhaj Islami demi mencapai perpaduan ummah. Justeru marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.































5 comments:

  1. Pergi mampuslah Lim KitSial, bangsa kafirun seperti dia dah buat macam2 untuk meganggu gugat orang Islam di Tanah Air Melayu ini. Setiap waktu akhbar dan media social mereka memperolok-olokkan orang Melayu Islam. Kita semua diam aje, bila kutbah Jumaat rasmi dia nak kacau pula. Memang patut mampus Pakatan Haram Jadah yang diketuai oleh Pak Nuar Jubo.

    ReplyDelete
  2. Hai.... umat I slam....?

    Apa ni...

    Telur ada ke... ?

    Kalau ada buat lah sesuatu......

    ReplyDelete
  3. Aku dah ckp byk kali ISA tu aktif kan blk supaya semua bangsa jgn nk suka2 kritik ugama dan bangsa lain tp najib ni degil konon2 cara lembik dan diplomasi dia boleh buat cina dan india ni respek dan segan kat dia.apahal skrg smpi khutbah jumaat dan azan kena kritik ni? Najib ni tk pegi smbhyg jumaat ke?

    ReplyDelete
  4. Ini belum lagi DAP memerintah.....kalau DAP perintah orang Islam pasti akan tertindas, Laungan azan tidak lagi akan kedengaran, akan lebih ramai lagi orang Islam yang tak sedarkan diri akan murtad sedangkan ramai bangsa asing masuk islam aru-baru ini peragawati antara bangsa memeluk Islam....pas ? yang dia pentingkan di Kelantan dan terengganu je negeri lain peduli apa dia...PKR lagi tak guna sanggup jual agama dan bangsa kerana kemaruk nak perintah...Fikirlah sendiri...;

    ReplyDelete
  5. Perlukah kita sentiasa bertolensi...perlukah kita jika dah dicabar baik dari segi politik, bangsa dan agama terus berpeluk tubuh....apakah kita rela jadi 'dayus'...??? Ada org tak kisah... tapi aku kisah......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers