Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 5 February 2014

Pemuda PAS Pun Tolak Jika Anwar Mahu Jadi MB Selangor!!!


Semalam dengan lantang, Pemuda PAS menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Ketuanya, Suhaizan Kaiat, Pakatan Rakyat seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar yang baru kerana bimbang ia akan dipanjangkan  sehingga melibatkan pihak Istana.

"Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat.

"Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.

"Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.

Beliau turut mendesak agar "kesilapan" seperti itu tidak diulangi oleh parti komponen PR yang lain pada masa depan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers