Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 8 May 2014

FAMA Berjaya Bantu Atasi Lambakan Tomato Cameron Highlands... @IsmailSabri60 @NajibRazak #DSIS


Masalah lambakan tomato di Cameron Highlands baru-baru ini berjaya diatasi apabila FAMA membantu memasarkannya ke pasar tani seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata FAMA sudah membeli 120,000 tan tomato daripada semua peniaga terbabit bagi diedarkan di pasar tani berbanding 60,000 tan pada kadar biasa.

Beliau berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu memulihkan semula pasaran tomato tempatan yang terjejas.

“Memang sebelum ini ada berlaku lambakan tomato hingga menyebabkan ia terpaksa dibuang dan merugikan pengusaha.

“Bagaimanapun, masalah itu sudah pulih, begitu juga pasaran import di Dubai kembali mempunyai permintaan untuk mereka,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kekurangan permintaan dalam pasaran di Dubai dikenal pasti antara punca lambakan tomato.

Terdahulu beliau melancarkan program Sesuka Hati Chef bersama kementerian khusus bagi slot Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Program 13 episod itu khusus membantu 13 usahawan Bumiputera terpilih mempromosikan produk masing-masing.

1 comment:

  1. Jangan di bantu. Biar mereka rasa. Pekebun2 tu yang dulu dengan ganasnya melenting apabila pihak berkuasa melakukan pemantauan kebun2 haram di Cameron Highland. Penyokong2 DAP semuanya tu!!. Tapi macam biasa Melayu Mudah Lupa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers