Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 23 September 2011

Corat Coret Majlis Rumah Terbuka KDN 2011

Corat -coret warna-warni di sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di PWTC hari ini penuh dengan orang ramai dan masyarakat Malaysia berbilang kaum berbilang bangsa melambangkan 1Malaysia. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini lebih meriah lagi dihadiri oleh pemimpin tertinggi KDN sendiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang beramah mesra dengan orang ramai yang hadir tanpa terlalu berprotokol.
apa agaknya yang dibisikkan DSHH...
6P atau pasal Mat Sabu...
DSHH dan isteri beramah mesra dengan tetamu...
apa yang seronok sangat tu sampai tersenyum
lebar DSHH dan isteri...
Dato' Alwi berbicara sesuatu dengan DSHH...
duit raya takde ker Datuk Seri?... ko tu
dah besar, budak-budak tu lain la...
seronoknya giler ahsoo tu dapat bergambar
dengan menteri lagi...
ucapan alu-aluan oleh DSHH kepada tetamu yang hadir...
Sebahagian daripada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut.
mak aik... jem jalan masuk dewan...
orang ramai beratur untuk mengambil
juadah makanan...
ini tak tau apa hala tuju... saja jalan-jalan
atau tengah ushar makanan...
meriah... meriah... memang meriah...
gerai yang menjadi tumpuan... letak habis...
letak habis... tak letak depa terbalikkan gerai...
pening-pening...
1Malaysia... Melayu ada India pun ada...
ni lagi best... pelbagai kaum dan bangsa releks
jer makan semeja... tarak gaduh-gaduh pun...
ana sudah ajak anta datang... tapi anta sibuk
jaga unta... sini makan masyaAllah...
sebahagian daripada delegasi kedutaan asing
yang turut hadir...
ramai punya pasal... kat tangga pun jadi...
jadi dapat balun...
Agensi yang bernaung di bawah KDN yang turut membuka booth pameran kepada pengunjung.
booth JPAM
booth Rela
moto sapa plak parking kat atas nie...
woi! parking kat luar la...
sebahagian daripada booth agensi KDN yang lain...
gambar kandid reaksi pengunjung yang sempat dirakamkan....
sabar ye dik... akak ambik kan...
baiknye kakak dia...
lain dari yang lain... lain macam jer...
jangan tamak-tamak... badan tur kecik jer...
woi! anak sapa nie... sesat dah hilang
mak bapak dia yang dok sibuk cari makan...
istimewa tang kupiah tuh... cicik jatuh
boleh tercacak oooo...
nenek dan cucunya... atas lantai pun jadi...
kerusi meja dah penuh... sabor jer la...
alamak! dia perasan la aku ambik
gambar dia... cabuuut!...
suasana dapur yang hiruk pikuk sibuk
menyediakan juadah makana kepada tetamu...
Sebahagian daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Menteri KDN yang turut sama menyinsing lengan bagi menjayakan majlis.
sebahagian kakitangan Pejabat Menteri KDN...
henson... serba hijau... jangan pangkah hijau sudah...
pegawai-pegawai Menteri KDN yang
mengalu-alukan tetamu yang hadir...
sapa plak awek nie... cover muka
dengan kamera la plak...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers