Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 15 December 2011

Berjanji Memang Senang, Nak Tunaikan Belum Tentu... Janji Pas Kedah Belum Tertunai Setelah 4 Tahun Memerintah...


Apa kaitan gambaq kat atas dengan tajuk artikel??? jawapannya senang.... "Apa salah Azizan? Azizan bersalah bila Pas Kedah tak menunaikan janji masa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 12..." itu jawapan pada persoalan kita hari nie...

Kulaan bukan orang Kedah mahu pun anak Kedah... tapi Kulaan pernah tinggal di Kampung Kedah yang berada di luaq negeri Kedah... kampung halaman Kulaan bersempadan dengan Kedah, bahasa pasar Kulaan adalah 'bahasa utara'... ada mak menakan tinggal di Kedah dan "Terpaksa Lalu Kedah" pasai nak balik mai ke Perlis... shopping pun kena turun Kedah (saja nak tengok perkembangan Kedah)...

Itu pasai hari ini Kulaan nak cerita sikit pasai negeri Kedah berdasarkan pemerhatian Kulaan selama 3 4 tahun kebelakangan ini sejak Kedah jatuh lepas PRU 12 ke tangan PR yang diterajui Pas dan dipimpin Azizan... jika pembaca selalu pi ke sana atau pun tinggal kat Kedah sekali pun mesti tau apa yang dah jadi kat sana... Apa kemajuan yang ada atau diusahakan oleh kerajaan Kedah...

Tapi hari ini Kulaan habaq mai sikit tentang "bab berjanji"... apa janji PR yang termasuk geng PR nie... ini antara 'janji-janji manis' PR yang digula-gulakan kepada rakyat Kedah sampai sekarang depa tak pernah tunaikan macam kata sahabat Kulaan McTheory KedahKeKL yang dok kat Kedah la nie :



* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.
* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.
* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.
* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.
* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.
* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.
* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.
* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.
* Janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita.
Kalo nak di list lagi banyak sungguh sampai hangpa pun malas nak baca dah la... jadi Kulaan ambik isi penting jer la...kalo korang tak caya pi la 'check' sendiri... kalo orang Kedah depa panggil "KEMEREH"... tau kemereh tu apa... cari la orang Kedah tanya... kalo orang Perlis depa panggil "KECIWI BATAT"... kalo nak tau apa makna dia jugak... kena pi tanya orang Perlis la...

La nie rakyat Kedah ada peluang sekali lagi untuk perbaiki keadaan atau nak "dok lagu tu jugak'... PRU 13 dok mai dekat dah... tukar la balik kerajaan yang dok ada la nie... cukup-cukup la depa nie... hangpa dah bagi peluang sepenggal dok 'pi mai pi mai tang tu jugak' kata orang Penang...

Kulaan : Serdang Aloq Setaq Langgaq Kubuq Panjang Pokok Sena Ayaq Hitam Baling Kupang Sungai Petani

2 comments:

  1. betul2 ak sokong>>> jln banyak yg teruk sampai owg mati pun x baiki baiki lg>>> x sedaq ak pun xtau la>>>

    ReplyDelete
  2. so, next election just change the regim... go Kedahan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers