Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 16 December 2011

Kedai Komputer Jadi Lubuk Kaki Judi Di Penang Sejak DAP Memerintah....

satu daripada premis yang menawarkan perjudian berkomputer
di sebuah pasaraya  di Jalan Dr Lim Chew Leong

GEORGETOWN: Sebelum ini, tingkat lima sebuah pusat beli-belah di Jalan Dr Lim Chew Leong, di sini, dikenali sebagai pusat hiburan keluarga serta menempatkan sebuah pawagam bagi membolehkan orang ramai melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.

Bagaimanapun, kini keadaannya cukup berbeza kerana tempat itu boleh diibaratkan sebagai 'lubuk' kepada kaki judi berikutan peningkatan premis permainan berkomputer dipercayai berunsurkan perjudian.

"Mungkin di mata orang luar, masyarakat di sini gemarkan perjudian dan yang lebih teruk menjadi mangsa ialah remaja. Tidak mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana ia hanya berada di sebelah bangunan pentadbiran kerajaan negeri." - Asrizal Hilmi, Kakitangan swasta.

Tinjauan ke lokasi itu mendapati kira-kira 10 kedai komputer di tingkat lima pusat beli-belah itu menawarkan khidmat perjudian yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung terutama remaja.

Pemerhatian mendapati pemilik premis hanya membenarkan pelanggan tetap masuk ke premis masing-masing dan jika pelanggan yang boleh menimbulkan kecurigaan, mereka tidak dibenarkan masuk.


Seorang bekas pelanggan kedai judi berkomputer di bangunan itu, Mohd Faiz Hafizul, 19, berkata dia pernah menjadi mangsa ketagihan bermain judi tahun lalu, tetapi giannya berjaya dihentikan selepas menyambung pengajian di universiti.

Katanya, pemilik kedai berselindung di sebalik harga RM3.32 yang dipamerkan di pintu masuk premis mereka yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV), sedangkan harga sebenar perlu dibayar bagi satu permainan Jackpot ialah RM10.

“Saya pernah menghabiskan wang lebih RM50 dalam masa satu jam ketika bermain Jackpot. Namun, saya menghentikan tabiat itu selepas kehabisan wang simpanan,” katanya.

Berikutan itu, orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi membendung kegiatan perjudian itu.

Seorang kakitangan swasta, Asrizal Hilmi, 25, berkata premis perjudian seperti itu tidak sepatutnya dibenarkan beroperasi di sebuah pusat beli-belah yang sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara.

“Mungkin di mata orang luar, masyarakat di sini gemarkan perjudian dan yang lebih teruk menjadi mangsa ialah remaja. Tidak mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana ia hanya berada di sebelah bangunan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, berkata kewujudan dan lambakan kedai judi berkomputer itu terletak di bawah bidang kuasa polis.

“Seperti kita sedia maklum, pemilik premis menggunakan perisian canggih dengan menekan satu butang, semua yang terpapar di skrin akan hilang menyebabkan unsur perjudian tidak dapat dikesan."

“Kami dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedia bekerjasama dengan polis bagi membanteras aktiviti tidak sihat itu,” katanya. -BHOnline

Kulaan : Kalo dah pusat judi duduk sebelah bangunan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dok dipimpin oleh 'Khalifah Abdul Aziz' kononnya, takkan la LGE tak boleh salin pakai baju biasa pi tengok apa yang rakyat jelata dok buat... takkan la pemimpin yang bukan Islam berjiwa Islam kononnya yang diangkat dan dipuja pembangkang biarkan jer keMAKSIATan berleluasa... kalo betul la sangat berjiwa 'Khalifah', benda-benda macam nie tak jadi ler...

4 comments:

  1. anon 13:00

    habis tuh nak buat camner...

    ReplyDelete
  2. sejak dari zaman BN dah ada...

    -dari rakyat penang sendiri~

    ReplyDelete
  3. ye ker... kenapa zaman bukan BN pun masih ada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers