Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 31 January 2012

Betul Ker Elaun Anggota Rela Naik RM2 Sejam???... @HishammuddinH2O @NajibRazak @relamalaysia


Seramai 2,874,181 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) berazam menjadikan pasukan tersebut menjadi pemangkin kepada kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarah RELA, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, untuk tujuan itu RELA akan memberi tumpuan kepada Akta Baru RELA yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac 2012 ini dan menumpukan usaha transformasi yang dirangka berlandaskan teras pendekatan 4K iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan dan Keharmonian setempat.

“RELA akan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi serta badan sukarelawan lain di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), khususnya bagi pelaksanaan operasi strategik dan rondaan bersama untuk tujuan keselamatan."

“RELA juga bekerjasama dengan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dalam menjalankan tugas-tugas di mana khimat RELA diperlukan," katanya melalui satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, RELA menyambut baik keputusan kerajaan meluluskan kenaikan elaun bertugas RELA RM2 sejam, menjadikan RM4 kepada RM6 untuk anggota biasa dan RM5.80 kepada RM7.80 untuk Ketua Platun bagi pegawai dan anggota yang bertugas sahaja.

Menurutnya, kelulusan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bakti 2,874,181 anggota RELA yang merupakan badan sukarelawan terbesar negara ini sekaligus menaikkan semangat mereka untuk berkhidmat dalam apa juga keadaan baik membabitkan keperluan sosial mahupun operasi strategik.

Justeru, katanya, RELA sedang memberi perhatian terhadap keahliannya supaya menepati konsep 1Malaysia yang berlandaskan kepelbagian usia, bangsa dan agama sejajar dengan jumlah ahlinya yang mewakili kira-kira 10 peratus rakyat Malaysia keseluruhannya

Selain itu, katanya, RELA turut mensasarkan pendaftaran 50,000 ahli baru tahun ini dengan golongan belia berusia bawah 40 tahun sebagai sasaran utama selari dengan usaha kerajaan membangkitkan semangat dan gelombang kesukarelawan di kalangan generasi muda negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers