Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 30 January 2012

TMP2012 : ETS Khas Dari Ipoh Ke Batu Caves Sempena Thaipusam... @ZambryAbdKadir


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan menawarkan perkhidmatan tren khas dari Ipoh, Perak ke Batu Caves, Selangor dan dari Batu Caves ke Ipoh pada 7 Februari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan tren khas tersebut diadakan bersempena sambutan Thaipusam.

“Perkhidmatan ini membabitkan tren ET71 dari Ipoh ke Batu Caves yang dijadual bergerak pada pukul 4 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 6.25 pagi."

“Sebuah lagi perkhidmatan ETS ke lokasi yang sama adalah ET73 yang dijadual bergerak pada pukul 4.30 petang dan tiba di lokasi pada pukul 6.55 petang," menurut kenyataan itu.


Kata kenyataan itu, bagi perjalanan dari Batu Caves ke Ipoh tren yang disediakan adalah ET72 yang dijadual bergerak pada pukul 7 pagi dan tiba ke lokasi pada pukul 9.25 pagi.

Tambah kenyataan itu, sebuah lagi perkhidmatan dari Batu Caves ke Ipoh adalah tren ET74 yang akan bergerak pada pukul 7.30 petang dan tiba di Ipoh pada pukul 9.50 malam.

Menurut kenyataan itu, ETS khas tersebut akan melalui Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Kata kenyataan itu lagi, tambang sehala untuk dewasa adalah RM25 manakala tambang bagi kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun adalah RM12.

Jelas kenyataan itu, tiket boleh dibeli di semua Kaunter Tiketing ETS dan penumpang dinasihatkan membeli tiket pergi dan pulang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.ets-train.com.my atau hubungi KTMB Careline di talian 1-300-88-5862.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers